SHAH ALAM: Para pensyarah Bahasa Jepun dari Akademi Pengajian Bahasa (APB) Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) yang mengamalkan konsep mesra pelajar, cemerlang dalam aspek pengajaran di negara ini.
Ini terbukti apabila mereka menjadi contoh bagi dua orang rakyat Jepun Yamaura Sayo dan Takeichi Yukari, 22, yang bakal menjadi pensyarah di negara mereka setelah mengikuti Teaching Assistant Internship Programmed yang telah berlangsung selama tiga minggu bermula 11 September sehingga 1 Oktober 2011 lalu.
Program yang disertai oleh pelajar dari Kolej Matsuyama Shinonome untuk mencontohi para pensyarah Bahasa Jepun dari APB UiTM menunjukkan bahawa pensyarah UiTM diiktiraf bukan sahaja di UiTM tetapi juga dari negara asal bahasa tersebut sekali gus mengadaptasikannya dalam corak pengajaran mereka.
Yukari berkata saranan dari pensyarah kami untuk memilih UiTM sebagai lokasi pembelajaran sedikit sebanyak membantu kami kerana kami tidak perlu bersusah payah mencari negara lain.
“UiTM telah berada selangkah dihadapan kerana mereka juga pernah dan masih menerima pelajar dari negara lain dan berdasarkan sedikit kajian yang kami buat, UiTM Malaysia cemerlang kerana telah banyak menerima permohonan pembelajaran dari negara lain,” katanya lagi
“UiTM khasnya adalah satu tempat istimewa bagi kami yang merancang untuk mencontohi pensyarah di Malaysia ekoran pelbagai kemudahan fasiliti, kualiti servis dan yang paling penting, kualiti pendidikan yang diberikan,” katanya lagi.
Walaupun dengan cuaca Malaysia yang sedikit panas dan juga makanan yang pedas berbanding dengan negara Jepun, mereka berjaya menyesuaikan diri dengan cepat dan mengakui meminati beberapa masakan di Malaysia.
Mereka bukan hanya terlibat dengan program tersebut tetapi mereka juga telah mengadakan satu aktiviti mini dengan kerjasama APB dan Kelab Bahasa Jepun UiTM Shah Alam untuk beramah mesra dengan pelajar UiTM selama satu hari.
“Ianya merupakan pengalaman yang amat berharga dan kami tidak akan melupakan setiap orang yang membantu kami, terima kasih UiTM!,” katanya lagi.
2 comments:
I was indirectly involved in assisting her during her stay at Uitm Shah Alam last 2 years. Both of them did a good job in delivering their lecture, and I managed to maintain good relationships with both of them even after their junior came for the same course. Yukari sent me a present after a year through their junior, and I managed to do the same thing to their junior and still getting in touch with three of them. Hopefully my junior will do the same thing after I graduated from Uitm.
Post a Comment