BILANGAN PENGUNJUNG

Saturday 12 November 2011

Telefon pintar pencetus jenayah akademik

Acap kali kita mendengar masyarakat dunia hari ini bercerita mengenai smartphones, atau dipanggil telefon pintar. Smartphones mengandungi ciri-ciri seperti wireless,  email, PTT (push to talk), GPS, MMS, OS (operating system), WAP, skrin sesentuh dan pelbagai lagi. 

CANGGIH...smartphones pada masa kini
Smartphones mengandungi lebih 100, 000 aplikasi yang ada, seperti di dalam Iphone dan juga Android Smartphones mampu mengurus dan memudahkan kerja seharian manusia seiring dengan kemajuan teknologi pada masa kini .

Jika ada kebaikan, pasti juga ia mempunyai keburukan. Jika dilihat dari sudut pandangan dalam kehidupan seharian pelajar, smartphones bukan sahaja untuk saling berkomunikasi , malah dijadikan bahan untuk para pelajar memplagiat sesama sendiri dengan pelbagai cara apabila tiba musim ujian mahupun peperiksaan.

Smartphones disalahgunakan
Di United States, pelajar menggunakan smartphones dan Internet untuk meniru semasa peperiksaan. Separuh daripada pelajar menurut survey yang dijalankan untuk Common Sense Media mengakui bahawa penggunaan Internet digunakan untuk meniru dan lebih tiga suku daripadanya menggunakan telefon bimbit mereka untuk meniru, da selainnya menggunakan pelbgai taktik seperti menulis jawapan pada lengan mereka.

Di China, CCTV dan pantauan polis digunakan untuk memantau para pelajar yang mengambil Peperiksaan Kemasukan College Kebangsaan (National College Entrance Exams) oleh kerana terdapat sesetengah pelajar yang cuba menggunakan peralatan canggih seperti smartphones, telefon bimbit dan juga walkie talkie untuk meniru semasa peperiksaan.  Peperiksaan tersebut amat penting dalam sistem akademik di China dan lebih 9 juta pelajar menduduki peperiksaan tersebut pada bulan Jun setiap tahun.

Di London, berpuluh-puluh pelajar ditangkap dalam peperiksaan universiti di seluruh Britain. Angka yang diperoleh menurut Akta Kebebasan Maklumat, pelbagai teknik yang digunakan seperti menggunakan Internet di smarphones dan telefon bimbit dan juga menulis jawapan pada lengan adalah paling popular. Antara kampus yang terbabit adalah Universiti Teesside di Middlesbrough (17 pelajar), Universiti Middlesex (15 pelajar) diikuti Kingston (10 pelajar) , Sheffield tujuh pelajar dan Kolej Universiti London, enam pelajar. Kesemua mereka disingkirkan daripada universiti tersebut.

Situasi yang sama di Jepun membabitkan seorang pelajar lelaki yang ditangkap kerana menipu dalam peperiksaan kemasukan universiti dengan menggunakan forum yang di akses melalui telefon bimbitnya. Akibatnya, dia ditahan dan dibicara.

Memplagiat mempunyai pelbagai cara, antara taktik yang biasa digunakan adalah dengan mengambil gambar di nota dan buku teks untuk meniru di dalam ujian atau peperiksaan. Ada juga yang terus membuka laman web untuk mencari jawapan.

Adakah para pelajar kini sudah kehilangan minat untuk membaca atau belajar kerana dengan adanya smartphones, mereka menjadikannya sebagai satu alternatif selain daripada mengulangkaji dan membaca buku? Malah, mereka tidak merasa bersalah atas kesalahan yang mereka lakukan, malah berbangga jika mereka mendapat markah yang bagus dalam ujian mahupun peperiksaan.

Markah yang bagus tidak menjamin apa-apa bagi mereka yang memplagiat semasa peperiksaan dijalankan, kerana pada masa hadapan, pasti mereka akan ketandusan dari semua aspek.

Kecanggihan teknologi yang mempunyai pelbagai aplikasi, mampu membuatkan para pelajar menjadi semakin malas dan ketandusan idea dalam mencurahkan keringat di meja peperiksaan. Ada yang menggunakan smartphones antara satu sama lain untuk meniru rakan masing-masing menerusi aplikasi BBM (Blackberry Messenger) mahupun menerusi Whatsapp, dan sebagainya. .

Kelajuan penghantaran mesej menerusi aplikasi tersebut mampu membuatkan para pelajar meniru dengan cepat dan dengan banyaknya. Disitulah terdapatnya keburukan smartphones, yang telah disalahgunakan oleh para pelajar masa kini.
Memplagiat bukan merupakan fenomena baru di kalangan para pelajar, malah telah menjadi kebiasaan bagi mereka setiap kali tibanya musim peperiksaan. Tetapi, tidak semua yang memplagiat menggunakan smartphones, hanya segelintir daripada mereka sahaja. Telefon mudah alih disembunyikan daripada dikesan oleh pegawai peperiksaan sebelum peperiksaan dijalankan, walaupun, arahan telah diberikan adalah sangat jelas sebelum peperiksaan bermula.

Adakah kecuaian pegawai peperiksaan dalam memastikan telefon bimbit dimatikan dan diasingkan dari meja peperiksaan  adalah salah satu sebab adanya pelajar yang berjaya untuk meniru? Sukar untuk diketahui punca sebenar memandangkan para pelajar kini ‘cekap’ dengan membuat helah semasa peperiksaan. Dalam melahirkan pelajar berkualiti, pelajar itu sendiri harus berusaha dengan keringat sendiri daripada bergantung kepada alatan lain untuk jalan mudah.

Justeru, tindakan tegas perlu di ambil dalam menangani masalah ini, dalam melahirkan modal insan yang cemerlang pada masa akan datang. Kepada para pelajar, tepuk dada, tanya selera.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification