BILANGAN PENGUNJUNG

Saturday 12 November 2011

Sauffi, Khaliza gembira bantu golongan miskin


Kewujudan sebuah pusat kebajikan dikenali Pertubuhan Membela Miskin Tegar (BELAMISKIN) di Seksyen 16, Shah Alam membuktikan sikap murah hati dalam kalangan masyarakat di negara ini masih utuh bertahan.

Memilih cara tersendiri untuk membantu golongan kurang bernasib baik,  Belamiskin tidak pernah memilih warna kulit atau kerpercayaan ketika menghulurkan bantuannya kepada penduduk sekitar, selaras dengan konsep 1 Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ditubuhkan lebih setahun lalu, pusat yang diasaskan pasangan suami isteri,  Mohamad Sauffi Hamzah dan Khaliza Khaltom Abdul Rahman, menyediakan makanan percuma kepada lebih 300 orang pengunjung setiap hari yang rata-ratanya adalah golongan miskin tegar setempat dan juga miskin bandar. 

“Makanan yang disediakan merupakan air tangan pengasas dan penasihat pertubuhan. Pengunjung yang datang akan disajikan dengan satu lauk dan menu yang dihidangkan adalah setiap sehari.

“Sekiranya pengunjung berasa kurang selesa makan di sini, mereka boleh membawa pulang makanan tersebut ke rumah,” kata Khaliza ketika ditemui Jurnalis Shah Alam baru-baru ini.

“Kami disini tak kisah jika ada pengunjung yang ingin membungkus makanan dan bawa pulang, sebab kadang-kala ada yang malu nak makan kat sini, dan ada juga yang ingin makan bersama keluarga di rumah. Plastik juga kami sediakan untuk mereka” katanya lagi. 

Berbanding mereka yang makan di kedai tersebut, mereka hanya disyaratkan untuk membasuh pinggan sendiri selepas makan. Ia sudah memadai dengan apa yang telah diberikan oleh pengasas pertubuhan ini.
Tidak dengan itu, pertubuhan ini juga ada menyediakan sebuah bilik dimana terdapatnya berbagai-bagai jenis pakaian baru dan terpakai oleh mereka untuk didermakan kepada pengunjung yang datang, dan juga hasil derma daripada orang ramai. 

“Pengunjung yang datang boleh mengambil pakaian yang sesuai dengan mereka di sebuah bilik di restoran ini. Kami tak bahagi-bahagi kan baju kepada mereka, cuma sesiapa yang rasa mahu baju untuk dipakai, mereka boleh terus ke bilik tersebut dan mengambilnya sendiri”, ulas beliau lagi.  

Usaha mereka untuk memberikan makan dan pakai percuma kepada golongan yang miskin tegar dan miskin bandar ini tidak cuma itu sahaja, malah sifat ingin melihat masyarakat di sini celik ilmu dan menjadi insan yang berpendidikan diteruskan dengan memberi tuisyen percuma kepada pelajar-pelajar disini. 

“Tenaga pengajar adalah daripada mereka yang berkhidmat secara sukarela demi memperjuangkan pendidikan di negara ini. Walaupun mereka tidak mampu untuk membayar tuisyen di luar, dengan cara ini, kami berharap mereka dapat pendidikan yang sepatutnya demi menjamin masa depan mereka di masa hadapan. Dengan pendidikan, mereka pasti akan merubah hidup mereka satu hari nanti” ulas Khaliza lagi dengan penuh harapan. 

Ketika ditanya darimana mendapat dana untuk menubuhkan pertubuhan ini, beliau berkata, segala perbelanjaan sebelum ini dibiayai oleh beliau dan ahli keluarga, tetapi, selepas beberapa bulan beroperasi, ada yang memberi sumbangan minima daripada individu dan syarikat yang celik sedekah dalam bentuk wang ringgit, makanan, pakaian dan lain-lain. 

“Kami mengharapkan bantuan orang ramai yang sudi menderma seperti pakaian terpakai, volunteer di pusat kebajikan, kewangan, makanan-makanan basah atau kering, buku-buku dan sebagainya. Selain itu kami berharap masyarakat di luar sana terus memberikan sokongan moral kepada mereka yang kurang bernasib baik, dan selagi rezeki kami masih ada, kami akan terus berbakti kepada mereka yang perlu ‘’ tambahnya lagi. 

Sesiapa sahaja boleh memberikan sumbangan, tak kira agama, bangsa dan darjat, kerana golongan yang kurang berkemampuan harus mendapat tempat di hati masyarakat demi untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup di muka bumi ini. 


 Menu yang disediakan
ISNIN
Nasi Lemak atau Nasi Berlauk ( Ayam atau Ikan Kari Campur Sayuran)
SELASA
Laksa, Mee Bandung atau Mee Goreng
RABU
Bihun Singapura atau Bubur Nasi Berlauk
KHAMIS
Nasi Berlauk ( Ayam atau Ikan Masak Kicap atau Sos Tiram).
JUMAAT
Nasi Berlauk (Ayam Kurma Campur Sayuran).
SABTU
Nasi dengan Sup Ayam atau Nasi Goreng Kampung.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification