SHAH ALAM: International Islamic Finance, Business Symposium and Halal Carnival 2011 (IIBSC 2011) yang melabuhkan tirainya baru-baru ini berjaya meningkatkan kefahaman pengunjung seterusnya mengukuhkan lagi jenama produk halal di peringkat antarabangsa.
Program anjuran Fakulti Pengurusan Perniagaan dengan kerjasama Hal Ehwal Pelajar UiTM dan ‘University of East London’, ‘University of Sharjah’, ‘UAE’ dan The Halal Science Center, ‘Chulalongkorn University’, Thailand ini berlangsung selama tiga hari bermula pada 6 sehigga 8 Oktober dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.
Disamping itu, program ini turut mempamerkan hasil-hasil kajian terbaru seperti kewangan dan perbankan Islam, takaful muamalat, perlancongan islam, peruncitan halal, hiburan Islam, keusahawanan halal, sains halal, makanan halal, pemakanan dan perubatan, industri agro halal dan sebagainya.
‘Islamic Fashion Show and Entertainment Night’ menjadi acara kemuncak IIBSC 2011 yang turut dimeriahkan dengan kehadiran artis-artis jemputan seperti Yasin, Muadz dan Iqwal, sekali gus menutup tirai program yang julung kali diadakan itu.
Justeru, acara kemuncak tersebut berjaya mendapat sambutan oleh pereka fashion berprofil tinggi seperti Yasalma, Rina Salleh dan Mix Moda malah pereka-pereka dari Fakulti Fashion Art dan Design UiTM turut menyertai acara tersebut.
Dalam pada itu, pelbagai acara menarik telah diadakan sepanjang tempoh program tersebut, antaranya adalah ceramah motivasi, ‘DJ’s corner’, persidangan akedemik, pameran Seni Kreatif oleh WIFE-UiTM, Bual Bicara Islamik dan pameran-pameran produk serta pengenalan mendalam mengenai industry perniagaan Islam.
0 comments:
Post a Comment