KLANG: Oleh kerana minat terhadap watak-watak anime yang disiarkan di majalah dan kaca televisyen, para remaja dilihat sanggup melakukan apa saja supaya kelihatan sama seperti karektor pujaan mereka itu termasuklah menggayakan kostum.
Ini dapat disaksikan dalam pertandingan ‘Cosplay’ yang diadakan di sebuah pusat membeli-belah di Klang baru-baru ini.
Pertandingan yang dianjurkan sempena Japanese Festival anjuran Japanese Language Society (JLS) UiTM itu menampilkan sekumpulan remaja tanpa segan silu memperagakan pelbagai kostum anime kegemaran mereka seperti Naruto semata-mata untuk memenangi hati juri.
“Animasi telah lama menjadi kegilaan di Malaysia terutama sekali dikalangan remaja tetapi ada juga dikalangan mereka yang telah bekerja. Ia semakin menjadi-jadi apabila kebanyakan dari mereka gemar berpakaian dan berlagak gaya seperti watak kesayangan mereka,” kata Ketua Projek Japanese Festival (J-Fest), Mohammad Asuad Jahaya, 22.
Menurut Asuad lagi, pertandingan ini diadakan untuk memberi peluang kepada peminat tegar animasi untuk meluahkan diri dengan menggunakan kreativiti serta bakat masing-masing apabila menggayakan watak kegemaran mereka.
Nama seperti Ichigo Kurosaki (Bleach)) mungkin tidak memberi apa signifikan kepada segelintir masyarakat, namun tidak bagi peminat animasi, manga dan permainan video kerana watak – watak ini merupakan idola mereka.
Siri animasi Jepun atau lebih dikenali sebagai “anime” mendapat sambutan di negara ini sejak ia disiarkan di saluran televisyen tempatan pada tahun 80-an.
Bagaimanapun, era kegemilangan anime di negara ini bermula sekitar tahun 1990-an apabila stesen televisyen kerajaan dan swasta seperti RTM dan TV3 mula menyiarkan anime.
Anime bermula daripada “manga: atau komik dan ia mempunyai tema, jalan cerita dan watak yang pelbagai ini dilihat mengatasi populariti animasi Amerika Syarikat.
Ini adalah kerana jalan cerita anime menawarkan cerita yang berbeza daripada episod ke episod dan dari siri ke siri kerana gambaran visualnya kelihata hidup dan menjadi tarikan ramai.
Pada mulanya, animator Jepun lebih tertumpu dan pentingkan pasaran dalam negara sendiri kerana ia merupakan salah satu punca sumber ekonomi Jepun dan menonton anime menjadi salah satu budaya hiburan santai penduduknya.
Namun, anime mula berkembang di peringkat antarabangsa kerana tayangannya dia luar pasaran Jepun menarik perhatian penonton dan mendapat sambutan orang ramai seperti .Doraemon, Sailormoon, DragonBall dan Pokemon.
Walaupun timbul pendapat yang menyatakan anime tidak sesuai untuk tontonan masyarakat Malaysia terutama sekali golongan muda kerana dipenuhi dengan adegan ganas dan watak-wataknya yang seksi namun anime tetap mendapat sambutan oleh peminat.
0 comments:
Post a Comment