SHAH ALAM: “Kami berharap agar ramai yang akan menggunakan pengangkutan awam seperti bas yang disediakan ke fakulti masing-masing supaya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di dalam Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.”
Itulah harapan pelajar, pensyarah dan pekerja di UiTM Shah Alam apabila ditanya mengenai keadaan kesesakan lalu lintas yang terpaksa mereka tempuh setiap kali mahu ke fakulti atau ke tempat yang ingin dituju.
Sehubungan itu, menjadi dasar UiTM Shah Alam tidak menggalakkan para pelajarnya membawa kereta ke dalam kampus dan dasar ini terpaksa dilaksanakan bagi tujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di dalam kawasan kampus UiTM Shah Alam.
Justeru itu , pihak pengurusan UiTM lebih menggalakkan mereka menggunakan kenderaan awam untuk tujuan berkenaan.
Sebagai makluman, UiTM Shah Alam mempunyai ruang tempat kereta yang terhad iaitu dalam anggaran 7,000 lot, manakala kakitangannya berjumlah lebih daripada 8,000 orang.
Ruang untuk pembangunan tempat meletak kenderaan juga amat terhad dan bagi menampung tempat letak kereta kakitangan sendiri, pihak pengurusan UiTM tidak dapat menyediakan sepenuhnya.
Menurut seorang pelajar di sini,Hasrol Nizam, 21, Fakulti Perubatan, beliau sering menggunakan jalan berkenaan untuk ke fakulti dan pulang walaupun terpaksa berhadapan dengan kesesakan yang teruk sepanjang jalan di pintu belakang UiTM berkenaan.
Walau bagaimanapun pihak UiTM Shah Alam telah menyediakan tempat letak kereta pelajar di kawasan Padang Kawad disamping menyediakan perkhidmatan bas perantaraan atau Shuttle Bus untuk ke setiap fakulti di dalam kampus bagi memudahkan pergerakan pelajar.
Selain itu, sikap degil para pelajar yang suka meletakkan kereta sesuka hati adalah salah satu punca kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu kemuncak iaitu awal pagi dan tengahari di UiTM Shah Alam.
.
0 comments:
Post a Comment