BILANGAN PENGUNJUNG

Saturday 12 November 2011

Mangsa Kebakaran Kolej Jati Meninggal Dunia

SHAH ALAM: Mangsa kebakaran Kolej Kediaman Jati, Roger Rajis, 21, akhirnya menemui ajal selepas lebih seminggu bertarung nyawa di Hospital Sungai Buloh pada pada 15 Oktober lalu.

   Mendiang merupakan pelajar semester empat Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi  mengalami cedera parah dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada malam kejadian.

   Menurut saksi kejadian, kebakaran dikatakan berlaku pada pukul 2.45 pagi ketika kebanyakan penghuni sedang tidur di bilik masing-masing.

   “Dalam masa beberapa minit sahaja api sudah merebak hingga ke tingkat atas blok melalui corong sampah yang dipercayai diperbuat daripada getah,” Adib Nor, 21, penghuni yang tinggal berhampiran bangunan malang tersebut.

   Menurutnya lagi, akibat terlalu cemas dan panik, beberapa orang pelajar mengambil keputusan drastik terjun dari blok berkenaan sehingga ada yang cedera dan patah kaki.

   Dalam perkembangan sama, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara, Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar mengingatkan semua penghuni kolej supaya tidak merokok dan mengambil ini sebagai satu pengajaran supaya perkara sebegini tidak berulang lagi.

   Tegsanya, “sebagai mahasiswa kita perlu bertanggungjawab kerana ada pelajar-pelajar yang tidak bertanggungjawab yang merokok, kita kehilangan seorang rakan,”
Menurut Dr Sahol, post-moterm membuktikan bahawa puntung rokok yang masih terbakar adalah punca kebakaran berlaku.

   Beliau juga mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang dan berharap agar kejadian ini tidak lagi berulang kembali.

   Kebakaran yang bermula kira-kira pukul 2.45 pagi itu berjaya dipadamkan oleh pihak Bomba Shah Alam pada pukul 3 pagi.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification