BILANGAN PENGUNJUNG

Sunday 13 November 2011

”1st. UiTM Jati Descent Challenge 2011” mantapkan JPK

LASAK...sukan ini memerlukan daya tahan yang tinggi
SHAH ALAM: ”1st. UiTM Jati Descent Challenge 2011” buat julung kali diadakan oleh Jawatankuasa Pewakilan Kolej (JPK) Kolej Jati UiTM dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni UiTM dengan kerjasama Majlis Pengetua-pengetua Kolej UiTM dan Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) bagi setiap Jawatankuasa Pewakilan Kolej (JPK) dalam memantapkan skil pengurusan melalui pengurusan acara disamping menetapkan halatuju JPK seiring dengan kehendak pengurusan UiTM.

   Acara ini merupakan lumba sukan air mengunakan”inflatable raft” atau rakit getah yang digunakan dalam perlumbaan berakit menyusuri sungai dan jeram secara berpasukan sama ada 4 atau 5 orang sepasukan.

   JPK Kolej Jati, Ishak Razali berkata, Hutan Rekreasi Sungai Sedim, Kulim, Kedah menjadi lokasi yang strategik dan bersesuaian untuk perlumbaan ini dan melibatkan peserta dari kolej Jati, Meranti, Perindu, Teratai, Kenanga, Delima, Seroja, Cempaka, Angerik, Mawar, Melati dan Non-Resident (NR) yang disertai oleh JPK masing-masing.

   Tambahnya lagi, terdapat dua kategori utama yang dipertandingkan iaitu kategori antara kolej lelaki dan kategori antara kolej wanita serta kategori jemputan dari media dan VVIP.

   ”Keputusan perlumbaan ini membuktikan semangat serta keyakinan yang tinggi dalam kalangan peserta kerana Kolej Meranti muncul juara bagi kategori kolej lelaki, naib juara Kolej Jati dan tempat ketiga NR lelaki manakala kategori wanita Kolej Seroja muncul juara, naib juara oleh kolej Delima dan tempat ketiga dimenangi oleh NR wanita”, katanya.

   Program ini dilihat dapat mempertingkatkan pengetahuan dan juga kemahiran kepada barisan JPK Kolej, Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni UiTM terhadap aspek teori dan praktikal kepimpinan dalam mentadbir sesebuah organisasi ke arah yang lebih efektif.

   Sementara itu, pihak UiTM mendapat kerjasama daripada SAM yang diibaratkan projek serampang dua mata disamping dapat memperkukuhkan lagi hubungan penganjur dengan pihak media sekaligus melibatkan penyertaan pihak media dalam acara ini dengan membawa peluang publisiti secara percuma.

   Rancangan televisyen Scoreboard TV3 juga turut membuat liputan pada hari perlumbaan tersebut secara tidak langsung ia dapat menjalinkan hubungan yang baik terhadap pihak media di samping menguar-uarkan keberkesanan program seumpama ini.

   JPK juga dapat bertukar-tukar pandangan disamping menjalin satu jaringan kerjasama dengan organisasi luar.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification