SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) prihatin tentang keselamatan, kesihatan dan cara hidup warga UiTM dengan memperkenalkan satu program combating crime yang telah bermula sejak akhir semester lalu.
Add caption |
Program ini bukan sahaja memberi pengetahuan bagaimana menangani situasi merbahaya ia juga mempunyai kasihatan yang baik dengan menyelesaikan masalah berat badan dikalangan pelajar.
Pelbagai aktiviti yang dijalankan pada program tersebut antaranya seni mempertahanankan diri, kickboxing, kawalan diri, kemahiran tempur dan senaman kecergasan untuk mahasiswa dan kakitangan UiTM.
Menurut Anuar Dollah pengurus combating crime, program ini adalah percuma kepada peserta yang berminat dan setiap perserta akan ditimbang berat badan mereka pada awal permulaan program dan akan dibandingkan setelah peserta sudah tamat latihan nanti
“Ia adalah untuk memberi semangat pada peserta untuk mencapai berat badan yang ideal selain keberanian semasa kita berada di situasi yang merbahahaya”.
DISIPLIN |
Combating crime boleh dianggap sebagai pengurus kesihatan peribadi dan juga gim kepada pelajar kerana ia memberi pendekatan yang ringkas dan mudah tentang cara untuk menjaga kesihatan dan senaman.
Selain daripada itu, para peserta juga didedahkan dengan pengetahuan tentang keselamatan tentang menghadapi situasi merbahaya terutama kepada kaum wanita.
“Program ini sesuai pada wanita untuk mempertahankan diri, kerana sekarang terdapat banyak kes yang terjadi melibatkan kaum wanita.
Di akhir program para peserta akan diberi penghargaan atas kejayaan menamatkan semua latihan.
Program ini diadakan pada setiap hari rabu bermula pada pukul 8.30 malam di Pusat Sukan UiTM.
1 comments:
progrm nie mmg sesuai tok kaum wanita.. coz kbnyakan wanita x nerape nk tau cre tok mempertahankan diri,,
termasuklah sye.. kan bgus lau program nie wat kat uitm sri iskandar perak.. :)
Post a Comment