SAMA HEBAT |
SHAH ALAM: Disebalik kehampaan pada peringkat awal kejohanan, terselit kejayaan yang menunjukkan para atlet UiTM masih gah pada akhir kejohanan dengan pasukan wanita memperolehi lima pingat pada hari terakhir perlumbaan di kejohanan Bot Varsiti 2011.
Bagi acara Kayak Wanita Double TK 1000 meter, Faizah Firdaus Fauzi dan Siti Asmah Ahmad Shahidan berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua antara Universiti Chiang Mai dan Universitas Pendidikan Indonesia.
Kejayaan tersebut sedikit sebanyak membalut kedukaan kem UiTM apabila pasukan lelaki hanya memperolehi satu pingat emas dalam acara kayak TK 2 1000 meter.
Menerusi acara ini, pasukan UiTM dapat membuktikan bahawa bakat tempatan mampu memberikan saingan yang hebat kepada pasukan luar walaupun mereka mempunyai tahap kekuatan yang berbeza dengan UiTM.
Menurut Mohammad Hafiz Tahar pengurus pasukan, atlet UiTM menghadapi saingan yang sengit disepanjang kejohanan apabila universiti luar menurunkan barisan atlet dari Sukan Sea Negara mereka pada kejohanan kali ini.
“Saya rasa berbangga dengan pencapaian atlet kita walaupun kita kekurangan pingat berbanding tahun lepas tetapi atlet wanita berjaya menebus sedikit kekecewaan di hari akhir kejohanan”
Dalam kejohanan ini juga nama-nama besar universiti seperti Universitas Pendidikan Indonesia, Universiti Chiang Mai dan Universiti tempatan yang lain sudah mula memandang keupayaan UiTM dalam sukan air sekaligus meletakkan pasukan UiTM antara pesaing terdekat mereka pada kejohanan kali ini.
Dari kejayaan ini, para atlet UiTM sendiri tidak mahu terus ketinggalan dan diperkecilkan oleh pasukan lain kerana pasukan UiTM telah berjaya menempa nama kembali dalam sukan air.
0 comments:
Post a Comment