SHAH ALAM: Pembukaan Pusat Khidmat NR (Non Resident) di Pusat Komersial, Seksyen 7, memberi manfaat kepada lebih 13 000 pelajar NR UiTM.
Pusat Khidmat NR tersebut bukan sahaja menyediakan kemudahan ruang pembelajaran tetapi juga kemudahan menonton televisyen, melayari internet dan ruang perbincangan berkumpulan.
Majlis perasmian yang diusahakan oleh barisan Jawatankuasa Perwakilan NR bersama Unit Kemudahan NR UiTM mengumpulkan lebih 5000 orang pelajar NR yang menetap di sekitar Seksyen 7 tersebut.
Presiden Jawatankuasa Perwakilan NR, Zubli Quzaimer berkata pembukaan pusat ini dapat mendekati para pelajar NR yang kadang kala mengalami kesukaran apabila tinggal menyewa bersama rakan-rakan.
Tambah beliau lagi “Majlis ini juga dilaksanakan atas idea Dato’ Sahol yang ingin memastikan kebajikan pelajar di jaga terutamanya pelajar yang berada di luar kampus” .
Para pelajar NR boleh menggunakan segala kemudahan yang telah disediakan serta mengadakan perjumpaan dengan wakil NR bagi menyuarakan permasalahan di pusat Khidmat NR tersebut yang beroperasi 11 pagi sehingga 11 malam.
“Pelajar NR kini lebih mudah menyalurkan permasalahan yang dihadapi hanya perlu berurusan dengan kakitangan Unit Kemudahan NR yang bertugas di pusat khidmat NR” katanya ketika ditemui.
Majlis yang telah dirasmian oleh Naib Canselor (NC), Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid merupakan pusat kegiatan NR ke dua selepas pembukaan NR Lounge di banggunan Primasiswa Dataran Cendakia yang menempatkan pejabat pengurusan NR UiTM Shah Alam.
Majlis tersebut yang menyediakan makanan bertemakan juadah hari raya di sajikan kepada para tetamu yang hadir, diserikan lagi dengan persembahan para pelajar.
0 comments:
Post a Comment