Datuk Khaled Nordin ketika menyampaikan ucapan perasmian PCIPTA 2011 |
Dengan tema Menyemarak Inovasi Bersama Model Baru Ekonomi, PECIPTA 2011 berperanan sebagai platform pameran hasil ciptaan dan inovasi yang dihasilkan oleh semua IPT awam dan swasta di Malaysia dan juga luar Negara.
Selain itu, PECIPTA 2011 juga memberi peluang kepada para peserta pameran membentuk satu jaringan usahasama bagi membangunkan prototaip dan mengkomersialkan hasil ciptaan dan inovasi yang dihasilkan secara terperinci.
Sejajar dengan teras kedua Agenda Pembangunan Negara dan Model Baru Ekonomi (MBE), PECIPTA 2011 dalam usaha meningkatkan keyakinan sektor industri dan pihak luar terhadap kebolehan penyelidikan dan pembangunan.
Pameran ini turut menyediakan ruang kepada pihak industri dan penyelidik melalui sesi Pemadanan Perniagaan dalam mengalakkan jaringan dan kerjasama strategik antara IPT dan pihak luar seperti usahawan, syarikat swasta dan juga orang perseorangan.
Konsep pameran PECIPTA 2011 memberi penekanan kepada pendekatan pasaran dalam mempamerkan produk penyelidikan dan mengaplikasikan susunan produk pameran terpilih mengikut sektor supaya tampak kemas dan teratur.
Pada tahun ini, PENCIPTA 2011 mensasarkan golongan daripada industri atau pihak swasta, usahawan dan individu berkepentingan, para pemyelidik, agensi promosi penyelidikan, para pelajar institusi pendidikan dan juga masyarakat umum khususnya.
Aktiviti dwitahunan ini juga turut mendapat penajaan daripada beberapa badan korporat seperti Pusat Pembangunan Reka Bentuk (DDEC) dan juga Bank Islam.
0 comments:
Post a Comment