BILANGAN PENGUNJUNG

Saturday 12 November 2011

LAGI-LAGI DITUTUP!

SHAH ALAM: Penutupan kafe di Fakullti Komunikasi dan Pengajian Media telah mencetuskan polemik dalam kalangan pelajar dan pensyarah yang berkunjung ke situ.

   Ada di antara mereka yang mempersoalkan status pengusaha kafe yang terus bertahan walaupun telah banyak kali dikenakan tindakan menutup premisoleh Pusat Kesihatan.

   “Tiap-tiap kali semester mesti kafe ditutup”, itulah luahan Eric Jawan, seorang pelajar semester ke 5 Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi apabila ditanya mengenai arahan penutupan kafe tersebut yang berkuatkuasa 12 Oktober lalu.

   Menurut Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran UiTM, Mohd Roslanshah Roslee “Kafe ini diarahkan menutup sementara operasinya atas aduan orang ramai berkenaan tahap kebersihan yang kurang memuaskan”.

   Tambah beliau lagi, “Pihak kami telah menghantar pasukan membuat pemeriksaan dan mendapati kafe tersebut telah melanggar perintah kerja-kerja pembersihan premis dibawah seksyen 10 dan 11, Akta makanan 1983 yang telah ditetapkan oleh Pusat Kesihatan UiTM”,

   Sehubungan dengan itu arahan penutupan tersebut mengakibatkan pelajar dan pensyarah di tiga fakulti yang berkongsi kafe sama iaitu Fakulti Sains Pentadbiran dan Polisi, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi serta Fakulti 
  
   Komunikasi dan Pengajian Media mengalami kesukaran untuk mencari tempat makan.      
Tinjauan kami melihat rata-rata pelajar yang menjadi pelanggan mengetahui penutupan kafe tersebut telah banyak kali berlaku, tetapi kerana tidak ada pilihan serta lokasi tempat makan lain yang jauh membuatkan mereka masih kekal menjadi pelanggan kafe tersebut.

   “Kami pelik, setiap kali arahan penutupan kafe tersebut dibuat, kafe masih boleh beroperasi seperti sedia kala selepas dua minggu seperti tiada apa-apa yang berlaku, sepatutnya pengusaha tender tersebut harus ditukar” keluh pelajar lagi.

   Sementara itu Hizuan Munir Juruteknik Unit Ruang Niaga menjelaskan “Pihak kami menghormati perjanjian kontrak selama dua tahun yang telah ditanda-tangani oleh pengusaha premis perniagaan tersebut untuk mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Pusat Kesihatan”.

   Tambah beliau lagi, “pihak kami tidak teragak-agak untuk membekukan tender pemilik premis berkenaan jika mereka berhajat untuk menyambung tempoh kontrak untuk masa akan datang”.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification