BILANGAN PENGUNJUNG

Saturday 12 November 2011

UiTM juara debat piala PM

KUALA LUMPUR: Juara segala juara. Itulah gelaran yang layak diberi kepada pasukan debat Bahasa Inggeris UiTM, UT MARA, pemegang piala pusingan Piala Perdana Menteri (PPM) 2011 yang dimenangi pada 25 Oktober lalu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak apabila berjaya mempertahankan gelaran pada pusingan pertama sehingga ke peringkat akhir.
     
   Pasukan komposit UT MARA yang diwakili oleh Maizura Mokhsien, Mohd. Airie Rasmond Rahman, Mohd Syafiq Ahmed Bazari dan Ain Aissa Mohammad sebagai pihak kerajaan berjaya mengalahkan pasukan dari UIAM yang terdiri dari Senad Hadrovic, Arinah Najwa Ahmad Said dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai pihak pembangkang dalam pusingan akhir PPM.
  
   Tema pertandingan kali ini ialah “Perubahan Oleh Generasi Muda” menyaksikan tajuk perbahasan peringkat akhir kepada “Pemberian Subsidi Kepada pelajar Sekolah Kebangsaan dan Swasta” mencabar kedua-dua institusi tentang polisi kerajaan.

   Lebih membanggakan lagi, selain memenangi PPM, Maizura, Ain Aissa dan Mohd Syafiq dari pasukan UT MARA juga telah dinobatkan sebagai antara 10 pedebat terbaik.

   Bagi Mohd Syafiq, kemenangan itu lebih manis apabila beliau dianugerahkan pedebat terbaik bagi peringkat akhir.
   Dalam pertandingan yang melibatkan 44 buah institusi, johan membawa pulang  wang tunai RM25 000, piala pusingan, piala iringan dan piala individu serta sijil penyertaan.

   Ketika ditemubual, Mohd Syafiq berpendapat pertandingan seperti ini bertepatan dalam menyumbang ke arah perubahan Malaysia yang mana memerlukan lebih banyak sumbangan idea-idea baru dan segar dari generasi muda.
   
   Malah, pertandingan ini juga sedikit sebanyak membantu generasi kini untuk memahami tindakan kerajaan dalam mencapai objektif transformasi bagi kebaikan sejagat.
    
   “Kerajaan mempunyai objektif bagi meningkatkan kualiti pelajar dan ianya sebahagian daripada program NKRA, oleh itu, pelajar tidak boleh terlalu bergantung mengharapkan usaha kerajaan akan berjaya tanpa berusaha memajukan diri sendiri”, ujar beliau.
    
   Tambah beliau lagi, menjadi pelajar berinformasi penting bagi perkembangan individu serta perkembangan sebuah Negara.
   
   Dalam acara pertandingan yang sama, pasukan debat bahasa melayu UiTM berjaya merangkul gelaran Naib Juara.
   
   Pasukan debat bahasa melayu membawa pulang wang tunai RM 15 000, piala iringan dan piala individu serta sijil penyertaan.
   
   Debat PPM peringkat pengajian tinggi ini pertama kalinya dianjurkan dimana sebelum ini, debat PPM hanya diadakan pada peringkat kategori Sekolah Berasrama Penuh (SBP).





0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification