BILANGAN PENGUNJUNG

Saturday 12 November 2011

Walkaton bersama pesakit Alzheimer bawa semangat 1Malaysia.

SHAH ALAM: Sempenan Ulang Tahun Bandar Raya Ke-11, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengadakan acara walkaton atau berjalan kaki bersama pesakit Alzimer yang terdiri daripada Cina, India dan Melayu di Tasik Kota Kemuning, Shah Alam.

   Program ini merupakan program kerjasama pihak MBSA dengan badan bukan kerajaan iaitu Kelab Rotary Shah Alam dan Pertubuhan Alzheimer Malaysia (Alzheimer Disease Foundation Malaysia).

   Walkaton bersama pesakit Alzheimer sepanjang 2 km mengelilingi Tasik Kota Kemuning diadakan bagi membantu pesakit bersenam dan mengekalkan kesihatan mereka.

   Hadir pada majlis tersebut, Presiden Pertubuhan Alzheimer Malaysia Dato’ Jafrey Eng yang turut sama walkaton bersama persakit Alzheimer.

   Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MBSA kerana sudi mengadakan aktiviti khusus bagi pesakit Alzheim dan mereka perlu diberi perhatian sepanjang proses pemulihkan ingatan.

   “Pertubuhan Alzheimer Malaysia ditubuhkan bagi membantu pesakit Alzheimer di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk mendapatkan rawatan” kata Dato’ Jafrey.

   Tambahnya lagi, dengan adanya aktiviti sebegini dapat mengeratkan hubungan antara pesakit-pesakit Alzheimer dan masyarakat.

    Program ini juga bertujuan mengalakkan gaya hidup sihat dikalangan warga kota Shah Alam terutamanya mereka yang berusia 40 tahun dan keatas.

   Selain itu, program ini juga secara langsung dapat memberikan pendedahan dan pendidikan kepada masyarakat berhubung penyakit Alzheimer.

   Pengacara majlis program tersebut bijak menggunakan bahasa Cina, India dan Melayu untuk menghiburkan para penonton yang hadir sekali gus bertepatan dengan konsep 1Malaysia.

   Pelbagai aktiviti lain juga dijalankan seperti pameran-pameran daripada Pertubuhan Alzhermer Malaysia, Kelab Rotary Shah Alam, Columbia Hospital Specialist, AIAC Insurans, MIMBAR Selangor dan juga pameran Rancangan Tempatan (RT) MBSA.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification