SHAH ALAM: 1 juta ringgit berjaya diperolehi untuk Tabung Yayasan Budiman Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa (MBAB) pada Malal simfoni Kasih 11 kali yang ke 6 yang julung kalinya di adakan di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC).
Seramai 1200 orang alumni yang hadir sebagai menghargai mereka dan membeli meja makan malam tersebut. Selepas makan malam, acara penyampaikan sumbangan diadakan dimulakan dengan penyumbang seperti Bank Islam, Perodua, Lembanga Tabung Angkatan Tentera, Koperasi Kakitangan UiTM, Rekajaya Projek Sdn. Bhd, PNB, KaZ Corporation dan Tourism Malaysia.
Bank Islam merupakan penyumbang terbesar kepada tabung berkenaan dan merupakan penaja Platinum pada malam tersebut. Sejumlah RM200,000.00 berjaya disumbangkan oleh Bank Islam kepada Tabung tersebut.
Sumbangan juga diperolehi daripada hasil jualan meja pada malam tersebut dan sumbangan peribadi yang diberikan oleh para alumni sendiri.
Selaku Naib Canselor UiTM Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar diberi penghormatan untuk menerima sumbangan yang diberikan oleh Bank Islam.
Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pendermaan yang sudi menyumbangkan wang kepada tabung tersebut.
Tambahanya lagi, sumbangan yang diberikan akan digunakan untuk membantu pelajar miskin dan kurang berkemampuan yang ingin melanjutkan pelajar ke menara gading iaitu UiTM.
Menurutnya lagi, berkata beliau sangat berbangga atas sokongan yang diberikan dari semua pihak dalam membantu pelajar yang kurang berkemampuan ini.
Tambah beliau lagi, sumbangan ini akan disalurkan ke Tabung Yayasan Budiman UiTM dan Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa (MBAB), penggunaan sumbangan adalah berdasarkan keperluan pelajar dari segi buku dan pembelajaran sepanjang pengajian di UiTM.
Majlis makan malam tersebut diserikan lagi dengan tetamu istimewa Yang Dipertua Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tunku Nur Zahirah yang mencemar duli hadir pada malam itu.
Majlis diserikan lagi dengan aluan lagu daripada penyanyi no 1Malaysia Dato’Siti Nurhaliza dan penyanyi veteran Ibno Reza membuatkan tetamu kembali teringat dan mengimbau kenangan silam mereka.
Semangat cintakan UiTM jelas terpancar semasa para alumni menyanyikan lagu UiTM Dihatiku. Semangat saling bantu membantu yang ditunjuk membuatkan mereka lebih erat antara satu sama lain.
0 comments:
Post a Comment