BILANGAN PENGUNJUNG

Saturday 12 November 2011

PECIPTA mencatat jumlah perdagangan RM20 juta

KUALA LUMPUR: Hampir RM20.1 juta nilai perdagangan dijangka dapat dihasilkan dalam Program Pemadanan Perniagaan ketika Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 2011 (PECIPTA) di Pusat Kovensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini. 
   Jumlah perdagangan keseluruhan adalah melalui sebanyak 120 perjumpaan permadanan yang diadakan secara “online” dan “on-site” ketika PECIPTA berlangung.

Antara peserta PECIPTA 2011 yang ditemuramah dengan pihak media
   Berdasarkan kajian selidik para peserta program, 34% menyatakan jumlah yang diunjurkan daripada perjanjian  yang dibincangkan mencecah RM1-4 juta manakala 66% lagi dijangka menandatangani perjanjian kira-kira RM100,000. 

   Pameran yang bermula 13 sehingga 15 September lalu  telah berjaya menarik minat hampir 100 buah syarikat pengunjung berkumpul beberapa badan kerajaan dan sektor swasta, termasuklah beberapa  buah institusi pengajian tinggi seperti Kementerian Pelajaran, Sime Darby, Indah Water Konsortium, Sunway Technology, Malaysia Vacines and Pharmaceuticals Sdn Bhd, SME BANK, Universiti Monash, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Malaysia(UTM). 

   Malah, terdapat  juga syarikat pengunjung dari luar Negara seperti Iranian Investor, Korea Women Investor Association, University of Indonesia dan Univerisiti Pendidik Indonesia.

   Program Pemadanan Pernigaan ialah satu alat pemasaran dan khidmat tersendiri utuk membantu syarikat-syarikat mencari produk baru dan inovatif selain membuka peluang perniagaan yang lebih luas.

   Objektif-objektif utama program ini adalah untuk menyediakan senarai produk inovatif untuk dikomersialkan, menyediakan satu jaringan antara pakar, pencipta dan pengkaji university dengan kepakaran yang luas untuk memajukan perniagaan serta menawarkan pengaturan korporat dengan industri, univerisiti dan badan kerajaan.

   Antara produk yang dipamerkan ialah makanan, ubat-ubatan dan kesihatan, hasil seni dan rekaan, pertahanan dan keselamatan teknologi dan kejuteraan, teknologi hijau serta sains natural dan warisan semulajadi .

   Produk- produk ini adalah hasil ciptaan yang  menyeluruh melalui kajian saintifik oleh ahli-ahli akademik dan para pelajar dari beberapa univerisiti di  Malaysia.

   PECIPTA menyediakan pangakalan data bagi produk pasaran- sedia ada dan perokongsian perniagaan bersama-sama pencipta yang mengambil bahagian  supaya lebih banyak perniagaan yang baru dan sedang maju dapat diraih daripada pemadanan ini.
           


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification