Shah Alam: Takoyaki yang merupakan makanan masyarakat Jepun menjadi tarikan utama di Pameran Antarabangsa Kewangan Islam, Simposium Perniagaan dan Karnival Halal (IIBSC 2011 ) pada 6 hingga 8 Oktober lalu hingga berjaya mencatatkan hasil jualan sebanyak seribu ringgit sepanjang karnival tersebut berlangsung.
Takoyaki adalah makanan yang terkenal dikalangan penduduk Jepun dengan bentuknya yang bulat dan dimasak dengan menggunakan kuali khas dan disalut dengan sos khas serta rumpai laut dan juga kepingan ikan kering.
Pengusaha gerai tersebut Ahmad Nazirun Mubin berkata ketika karnival tersebut berlangsung, sambutan yang diterima sangat mengejutkan kerana gerai mereka tidak putus-putus dengan kunjungan pelanggan ketika ia dibuka seawal jam 10.30 pagi. Ini dibuktikan lagi dengan walaupun ada diantara pengunjung yang tidak membeli tapi mereka pasti akan singgah sebentar.
Mereka menggunakan kreativiti sendiri untuk membuatnya dengan mengekalkan adunan yang sama. Mereka cuba menyesuaikannya dengan selera masyarakat di Malaysia dengan membuat beberapa menu takoyaki yang berbeza dan bahan mentah yang digunakan pula datang dari sumber yang halal.
“Resipi yang diadun dan digunakan pula adalah datang daripada sumber yang halal dan barang yang digunakan mendapat kelulusan JAKIM, jadi orang ramai tidak perlu risau tentang soal halal makanan Jepun yang kami jual
“Pelanggan juga sangat berpuas hati dengan masakan kami termasuklah di kalangan pensyarah Bahasa Jepun yang pernah melanjutkan pelajaran di sana,” katanya lagi ketika ditemui di Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM).
IIBSC 2011 adalah satu karnival yang telah dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Malaysia dengan kerjasama dari University of East London, Universiti Sharjah, UAE dan dan juga Pusat Sains Halal, Universiti Chulalongkorn, Thailand.
Karnival tersebut juga bertujuan untuk menyaksikan nama Fakulti Pengurusan Perniagaan ditukar kepada Fakulti Penyelidikan Islam & Pengurusan Perniagaan dan ia telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri,
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), YB. Dato’ Mukhriz Tun Mahathir.
Selain dari takoyaki, gerai tersebut juga telah menjual onigiri (nasi kepal) berintikan ikan tuna sebagai makanan tambahan dan juga air soda Jepun yang dikenali sebagai Calpis Soda.
Dalam kecemerlangan menguruskan gerai takoyaki, mereka juga telah mendapat tawaran untuk berniaga di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan juga pada IMU Games Anime Manga Party 2011, GAMP.
0 comments:
Post a Comment