SHAH ALAM: Bandar Setia Alam mencatat sejarah tahun ini apabila tersenarai dalam The Malaysia Book of Records sebagai pasar malam yang terpanjang di Malaysia seterusnya mengatasi rekod pasar malam Taman Connaught, Cheras.
Pasar malam sepanjang 2.4KM itu mampu menarik minat kira-kira 10,000 pengunjung hadir berikutan kedudukan pasar yang berhampiran dengan pusat membeli belah Tesco.
Dato’ Menteri Besar Selangor, Y.A.B Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim menyampaikan sijil The Malaysia Book of Records kepada Persatuan Penjaja-Penjaja Setia Alam sempena meraikan sambutan ulangtahun Bandaraya Shah Alam ke-11.
Dalam pada itu, beliau menekankan bahawa peniaga pasar malam perlu memberikan perhatian khusus kepada 4P iaitu harga, lokasi, promosi dan pengurusan bagi menjadi perniagaan mereka berkualiti tinggi serta menguntungkan.
Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, wakil The Malaysia Books of Records, Zulhairi Mohd Zain, Pengerusi Persatuan Pasar Malam Setia Alam Fariz Abdullah, Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu dan Dr Yaakob Sapari.
Pasar malam Setia Alam yang yang diadakan setiap hari sabtu bermula jam 5 petang hingga 11 malam itu mempunyai keunikkan tersendiri apabila pelbagai jenis juadah boleh didapati dari 300 lot gerai yang mengambil bahagian
Pasar malam tersebut bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis makanan melayu, tetapi juga makanan masyarakat cina seperti mua chi, ‘pan mee’, Char Keoy Teow dan pelbagai jenis bebola ini berikutan 70 peratus peniaga pasar malam tersebut adalah golongan Cina.
Menurut salah seorang pengunjung, Noor Emmafarina Mohd Ghazali, 24, “saya gemar untuk datang ke pasar malam ini bukanlah semata-mata untuk membeli makanan tetapi lebih tertarik kepada kemeriahannya”.
Mengulas lanjut, beliau yang juga pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) berpendapat bahawa pasar malam merupakan salah satu platform untuk mengeratkan lagi hubungan antara kaum terutamanya masyarakat Melayu dan Cina.
“Pasar malam ini menawarkan pelbagai barang serta dilatari suasana persekitaran bersih, selamat dan ceria, serta memenuhi cita rasa pembeli dan pengunjung”, kata Abu Halipah Ali, 46.
Beliau yang sering mengunjungi pasar malam bersama keluarga berkata bahawa keramahan peniaga dan harga yang ditawarkan juga merupakan salah satu daya tarikan untuk menarik minat pengunjung.
2 comments:
hai . boleh saya tau. makanan disana semua nya halal?
Harrah's Casino & Racetrack - Mapyro
Harrah's Casino & Racetrack in 원주 출장마사지 Joliet, IL. 동두천 출장안마 Directions · (815) 부천 출장안마 543-5000. Call Now 남양주 출장샵 · More Info. Hours, Accepts Credit Cards, Attire, Wi-Fi, 성남 출장마사지 PokéStop, PokéStop
Post a Comment