UT MARA juara debat seluruh Malaysia
Juara segala juara. Itulah gelaran yang layak diberi kepada pasukan debat Bahasa Inggeris UiTM, UT MARA setelah memenangi Piala Perdana Menteri (PPM) 2011.
Junior Inventors’ Tarikan Utama Pengunjung
Sesiapa sahaja boleh menjadi seorang pencipta, Universiti Teknologi MARA (UiTM) memberi peluang kepada anak muda dari sekolah menengah rendah dan ke atas serta matrikulasi untuk menyertai PENCIPTA 2011.
Sambutan HIMPUN Hambar
HAMBAR… Antara peserta yang hadir ke Perhimpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah (HIMPUN)
Sunday 13 November 2011
ISU PENCEN
03:39
228's
No comments
Apa Kata Pelajar?
Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Oktober 2011 banyak menyentuh pelbagai aspek termasuklah usia persaraan penjawat awam dari 58 tahun kepada 60 tahun. Ikuti pandangan golongan pelajar berhubung isu tersebut.
“Sangat positif sebab ia dapat mengurangkan sifat ‘dependency’ orang kita dan meningkatkan saingan disamping dapat mengembangkan sektor swasta”.
(AMALINA AL-BAKRI, PELAJAR FAKULTI UNDANG-UNDANG)
“Dilihat sebagai sesuatu yang positif dimana para pelajar atau lepasan pelajar dapat menimba pengalaman dan tunjuk ajar daripada yang berpengalaman secara tidak langsung meningkatkan produktiviti”.
(SHAZWAN NAWAWI, PELAJAR FAKULTI SENI LUKIS & SENI REKA)
“Perkara ini dapat member kesan yang negative kepada pelajar kerana peluang perkerjaan akan menjadi lebih terhad. Disini kita dapat lihat yang kerajaan tidak dapat mengatasi masalah penganguran di negara ini dengan efisien”.
(ZHAFRAN FAUZI, PELAJAR KEJURUTERAAN ELEKTRIK)
“Isu ini bukan pertama kali dibangkitkan, sebelum ini pun dah pernah. Kemungkinan ada siknifikasinya yang kita tak boleh nampak, kadang-kala hanya kerajaan yang tahu apa yang terbaik untuk kita semua”.
(ANA RIHAN, LEPASAN PELAJAR)
“Mungkin perkara ini relevan kepada pihak kerajaan dan kita kerana dapat menggunakan tenaga kerja yang berpengalaman dengan lebih lama dan seterusnya meningkatkan mutu kerja”.
(HAFIZUL HAKIM, PELAJAR FAKULTI SENI LUKIS & SENI REKA)
(YUSUFF, LEPASAN PELAJAR)
“Dapat melahirkan persaingan yang mungkin positif ataupun negatif, tetapi buat masa sekarang kelebihan dilihat lebih kepada golongan penjawat kelas atasan kerana dapat menikmati kelebihan ini dengan lebih lama”.
(ATIKAH HALIM, LEPASAN PELAJAR)
Pendidikan percuma Malaysia
02:16
228's
No comments
PEMBENTANGAN UNIK...belanjawan 2011 |
KUALA LUMPUR: Tahun 2012 melakarkan sejarah dalam bidang pendidikan di Malaysia apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pemansuhan yuran pendidikan serta peruntukan RM100 bagi setiap pelajar sekolah rendah dan menengah dalam pembentangan Bajet 2012.
Berita ini disambut dengan pelbagai respon dari ibu bapa yang kebanyakannya melihat pengumuman ini sebagai langkah kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan rakyat.
Bagi sesetengah ibu bapa walaupun jumlahnya tidak seberapa tetapi ia masih boleh disalurkan kepada perbelanjaan mereka yang mungkin memerlukan lebih lagi.
Menurut Tengku Suroya Tengku Shaharome, 48, seorang surirumah, berpendapat langkah ini memberi lebih kelebihan kepada golongan berpendapatan rendah jika dibandingkan dengan golongan berpendapatan sederhana.
Tambah beliau lagi, secara peribadi, pengumuman ini tidk memberi banyak kesan dalam perbelanjaan bulanan satu keluarga beliau.
Bagi Lynette Abd Rahman,40, pula, polisi ini mengurangkan sedikit beban yang ditanggung rakyat yang disebabkan oleh kenaikan harga barangan.
“Setidak-tidaknya, satu peratus daripada keseluruhan perbelanjaan keluarga dapat dikurangkan,”kata Lynette.
Dari perspektif sebuah negara, polisi RM100 bagi setiap pelajar dan pendidikan percuma kepada rakyat memberi impak yang besar bahawa Malaysia kini satu langkah kehadapan ke arah negara maju.
Jika dibandingkan dengan negara maju lain seperti Amerika dan Australia, Malaysia mungkin belum mencapai taraf yang sama tetapi mesej yang disampaikan oleh pihak kerajaan sudah terang.
Pendidikan di Malaysia dianggap sebagai satu alat yang lebih efektif daripada kekuatan ketenteraan dalam memodenisasikan negara serta berfungsi sebagai alat bantuan bagi rakyat untuk menyambung kehidupan yang lebih baik.
Mengikut dasar pendidikan kebangsaan, ia haruslah mampu menampung keperluan negara sebagai negara perindustrian kerana penting bagi rakyat untuk mempunyai pendidikan sesuai dengan keperluan swasta serta melahirkan lebih ramai rakyat yang aktif dalam bidang keusahawanan dan ketidakbergantungan kepada kerajaan.
Bantuan Baucer Buku RM200 Kepada Pelajar IPT
02:08
228's
No comments
SHAH ALAM: Isu bajet 2012 masih lagi hangat diperkatakan terutamanya bantuan baucer bernilai RM200 kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan 260 juta ringgit.
Ini adalah satu berita baik untuk pelajar-pelajar IPT kerana dengan adanya baucer buku ini makan ringanlah beban untuk membeli buku teks dan rujukan yang semangnya mahal.
Sehubungan itu, baucer buku bernilai RM200 itu yang diumum dalam Belanjawan 2012 tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, penuntut mesti menggunakan sepenuhnya pemberian itu untuk pembelian buku dan bahan rujukan.
Tambah beliau lagi, langkah itu merupakan sikap perihatin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sesetengah buku agak mahal dan ia boleh membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah.
Menurut Ariffakrie, 20, (gambar sebelah) Fakulti Perubatan, baucer buku ini amat membantu meringankan beban untuk membeli buku teks dan rujukan yang sememangnya mahal.
“Bagi saya walaupun ia hanya jumlah yang sedikit tetapi ia dapat membantu saya membeli buku teks dan rujukan disamping itu dapat meringankan beban keluarga saya yang berpendapatan rendah,” tambah beliau lagi.
Lisa, 23, Fakulti Undang-Undang, berpendapat isu yang perlu diberi penekanan ialah usaha kerajaan untuk membantu rakyat dalam meningkatkan ilmu pengetahuan bukanya nilai baucer itu.
Justeru, ia juga untuk menggalakkan tabiat membaca di kalangan pelajar dan menggalakan mereka membeli buku luar daripada sukatan pelajaran mereka.
Kemudahan sukan terus tidak diendahkan
01:59
228's
No comments
SHAH ALAM: Kemudahan sukan di UITM Shah Alam terus tidak diendahkan oleh pihak pengurusan sukan. kemudahan sukan yang dimaksudkan ialah gelangang futsal, bola tampar dan tenis yang terletak di depan kolej Perindu.
Lokasi gelangang ini sebenarnya amat menyenangkan para pelajar kerana ianya terletak derhampiran dengan kolej kediaman mereka.
Tetapi mereka hanya boleh bermain di siang hari kerana gelangang tersebut tiada kemudahan lampu. Ini menyebabkan para pelajar yang ingin bermain terutamanya sukan futsal terpaksa bermain di pusat sukan dan di Triways untuk memenuhi kepuasan bermain mereka.
Keadaan gelangang tersebut amat menyedihkan terutamanya malam kerana pada sebelah malam persekitaran kawasan tersebut amat menakutkan dan bahaya disebabkan tiada kemudahan lampu digelanggang tersebut.
Disebabkan ini, para pelajar tidak dapat menikmati kemudahan gelanggang terutamanya gelangang futsal dan mereka terpaksa berebut mengunakan gelangang yang terletak di unit sukan.
Bagi mereka yang tinggal di dalam kampus, gelangang futsal yang berada di unit sukan merupakan tumpuan kerana jaraknya yang dekat berbanding dengan gelangang futsal Triways yang terletak di luar kawasan UiTM.
Bersukan merupakan satu- satunya aktiviti yang boleh dilakukan oleh para pelajar tertamanya yang tinggal di dalam kampus untuk mengisi masa lapang mereka, dan segala aktiviti hanya boleh dilakukan pada sebelah petang hingga malam.
Keadaan ini menyebabkan pelajar lelaki berebut untuk bermain, dan kadang kala mereka berebut dengan pelajar perempuan terutamanya pada hari Selasa walaupun hari tersebut dikhaskan hanya untuk pelajar perempuan (ladies night) menggunakan kemudahan sukan.
Apabila persoalan ini diajukan kepada pegawai di unit sukan, mereka hanya mengatakan bahawa laporan sudah dibuat dan hanya menunggu masa sahaja untuk pembinaan dilakukan tetapi sampai sekarang tiada sebarang tindakan yang dilakukan oleh pihak yang berkenaan.
Ini merupakan jawapan yang selalu kita dengar apabila meminta sesuatu terutamanya, tetapi sampai bila harus jawapan ini digunakan, wahai pihak yang berkenaan segeralah bertindak demi kebaikan dan kesenangan semua pihak.
UiTM Juara Piala Naib Canselor UPNM
01:57
228's
No comments
SHAH ALAM: Pasukan ragbi UiTM muncul juara bagi Piala Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang ke 2 setelah menewaskan Politeknik Shah Alam dengan mata 19-0 pada 15 dan 16 Oktober yang dianjurkan oleh Pusat Sukan UPNM.
Kejohanan ini disertai oleh 16 buah IPT seperti UNITEN, UTHM, Politeknik Merlimau, IKIP International College, UiTM, UTeM, UTM, UMT, UM dan lain-lain.
Pasukan UiTM menewaskan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) 19-0 pada peringkat suku akhir, sementara peringkat separuh akhir UiTM mengalahkan UPNMA 5-0.
Zamri Abd. Kahar, jurulatih ragbi UiTM berkata, “Pasukan kami sangat yakin dengan kejohanan kali ini kerana pengalaman yang ada pada setiap pemain dan juga latihan yang secukupnya diberikan sehingga ke perlawanan menyebabkan mereka sangat bersemangat untuk menjuarai acara ini.
“Namun, pasukan kami tidak sama sekali berasa selesa pada kedudukan terkini kerana kami perlu mengekalkan tahap perlawanan serta mempunyai keyakinan yang tinggi untuk terus maju dan berjaya pada peringkat seterusnya,” tambahnya lagi.
Dua orang pemain dari kampus cawangan iaitu UiTM Perak telah dipilih berdasarkan kebolehan dan kehebatan mereka untuk beraksi dalam pasukan ini kerana mampu memberi kekuatan yang jitu dan ternyata mereka menunjukkan kematangan bermain bagi mengungguli kejohanan ragbi pada kali ini.
Menurut pemain ragbi UiTM , Shah Izzat Shah Rudin, berkata “Ia juga adalah satu kejayaan yang telah dijangka oleh pasukan kami kerana melihatkan prestasi perlawanan pada kali ini ia telah memberi kami banyak peluang serta kekuatan untuk menumpaskan pihak lawan.
“Sudah pasti kami tidak mensiakan peluang yang ada sekaligus mencapai matlamat kami untuk memenangi perlawanan ini dan kami juga seharusnya berbangga kerana segala tunjuk ajar yang diberikan oleh jurulatih kami sendiri dapat diaplikasikan semasa perlawanan,” ujarnya.
Walaupun pasukan ini telah kecundang di separuh akhir pada kejohanan yang sama tahun 2010 namun ia tidak sedikit pun mematahkan semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain kerana mereka yakin dengan perlawanan yang akan datang memberikan sinar baru buat mereka.
UiTM Penjana Atlet Negara
01:55
228's
No comments
SHAH ALAM: “Mencari dan membentuk atlet muda hingga berjaya” merupakan salah satu tugas atau tanggungjawab yang dipikul oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam memajukan industri sukan Negara.
UiTM merupakan institusi pengajian yang bukan sahaja berfungsi sebagai pusat penyebaran ilmu tetapi sebagai pusat pembentukan atlet pelapis Negara.
UiTM merupakan satu- satunya institusi pengajian yang membolehkan atlet- atletnya yang belajar di cawangan lain bergabung tenaga mewakili UiTM tidak kira dari cawangan mana di seluruh Negara.
Sukan merupakan salah satu aktiviti yang berupaya mengabungkan semua pelajar yang berbakat dan bertanding di bawah satu bumbung tidak kira apa jenis sukan.
UiTM terkenal di dunia sukan kerana perananya dalam mengasah bakat muda sejak dari dulu lagi tetapi sejak akhir- akhir ini pelajar UiTM makin menyerlah dalam aktiviti sukan seperti Hoki, Futsal, Kayak dan Rugbi.
Sesetengah pelajar yang mewakili UiTM juga terpilih untuk mewakili negeri sekaligus mengesahkan lagi status mereka sebagai atlet yang berwibawa dan menunjukkan kepada institusi lain bahawa UiTM masih lagi mampu mengilap bakat tempatan.
Para pelajar UiTM seharusnya berasa bangga kerana mereka inilah yang mengharumkan nama UiTM di dalam mahupun luar Negara.
Para atlet UiTM sangat beruntung kerana mereka berupaya bersaing dengan pemain handalan dari luar kerana UiTM akan berusaha untuk mengasah bakat mereka dengan member pendedahan yang cukup kepada para atlet.
Menerusi acara sukan juga secara tidak langsung boleh mengukuhkan lagi silaturahim antara pelajar kampus cawangan dengan kampus induk kerana mereka akan bersaksi atas nama yang sama iaitu UiTM.
Semangat inilah yang menjadikan UiTM antara IPTA yang kuat, bersemangat dan dihormati oleh IPTA dan IPTS lain.
Lelaki dan Wanita Garang di Kejohanan Futsal IPT
01:52
228's
No comments
SHAH ALAM: Pasukan Futsal Lelaki dan Wanita Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya dinobatkan sebagai Juara di Kejohanan Futsal Institut Pengajian Tinggi, Sirkit Tujuh Zon Tengah 2011 pada 16 Oktober lalu.
Juara menerima RM 3000 dan piala iringan. Tempat kedua menerima RM2000, RM1000 bagi tempat ketiga dan RM 500 bagi tempat keempat.
Pasukan Futsal Wanita UiTM berjaya menewaskan pasukan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di pertandingan akhir untuk merebut Piala Menteri Pengajian Tinggi bermula dari 31 Mac lalu dan dijangka berakhir pada 4 Disember ini.
Manakala tempat ketiga dimenangi pasukan futsal wanita dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di tempat keempat.
Juara turut menerima RM1500 dan piala iringan, naib johan RM1000 dengan RM500 dan RM300 bagi tempat ketiga dan keempat.
Pertandingan futsal ini mengikut sirkit yang bermula dari Zon Selatan iaitu dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai tuan rumah dan seterusnya akan berakhir di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuantan.
Sebanyak 56 pasukan futsal lelaki dan 23 pasukan dari wanita dari seluruh negeri yang menyertai pertandingan ini.