BILANGAN PENGUNJUNG

Saturday, 12 November 2011

Sukarelawan D-Buster mengganas

SHAH ALAM: Sukarelawan daripada Komuniti Pelajar Non-Residence (NR) menggempur sarang nyamuk Aedes yang menjadi punca peningkatan kes demam denggi di sekitar Seksyen 7, Shah Alam melalui program kemasyarakatan mereka D-Buster.

   D-Buster adalah satu pasukan yang ditubuhkan oleh Komuniti Pelajar NR untuk menjalankan aktiviti gotong-royong bersama-sama penduduk tempatan di kawasan yang dikenalpasti mempunyai kes demam denggi dan berpontesi untuk menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

   Program D-Buster adalah salah satu aktiviti wajib dalam calendar Komuniti Pelajar NR untuk melakukan gotong royong di beberapa kawasan yang paling ramai didiami oleh para pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM).

   Seramai lebih 200 orang pelajar NR bejaya dikumpulkan untuk program D-Buster Bahagian 1 untuk membersihkan kawasan Pusat Komersial Seksyen 7 pada 15 Oktober 2011 bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

  Menurut sumber  Bilik Gerakan Denggi, Unit Vektor, Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Shah Alam merupakan antara kawasan yang mempunyai catatan kes demam denggi yang tertinggi di dalam negeri Selangor dengan jumlah 63 kes untuk bulan Oktober 2011.

  Program kerjasama Komuniti Pelajar NR bersama-sama Pusat Kesihatan UiTM dan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dapat memberi kesedaran kepada para pelajar supaya memberi perhatian kepada kebersihan kawasan tempat tinggal mereka untuk menggelak nyamuk Aedes membiak.

   Di samping itu, para pelajar NR secara tidak langsung mendapat kredit dan nilai tambahan daripada penduduk setempat atas tangunggjawab sosial mereka.

    Sebagai sebahagian daripada masyarakat Shah Alam, para pelajar NR harus sedar tanggungjawab mereka untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan penduduk setempat dan para pelajar NR.

   Selain aktiviti gotong-royong, pertandingan kitar semula diadakan untuk mengasah kreativiti dan sikap kerjasama antara para sukarelawan.

   Di samping itu, D-Buster Bahagian 2 pula diadakan Surau Al-Islah Seksyen 7, Worldwide pada 29 Oktober untuk aktiviti gotong royong di kawasan berdekatan.

   Komuniti Pelajar NR berharap program D-Buster akan terus dapat diadakan untuk mendekati lebih banyak kawasan yang sering menjadi pilihan para pelajar untuk tinggal seperti Padang Jawa, Ken Rimba, Seksyen 2, Seksyen 6, Apartment Danau Mas dan lain-lain.

   Selain itu, mereka juga merancang lebih banyak program sekitar kampus yang melibatkan para pelajar NR supaya dapat memberi balik kepada masyarakat dan membina hubungan yang lebih erat.

1 comments:

Kimsa2211 said...

Good gotong royong, fyi, Aedes Busters applied ultraviolet light, carbon dioxide and warmth to attract and trap Aedes mosquitoes. The simple but innovative glue trays also assist drive away ants and prevent fragments of dead mosquitoes from becoming blown out with the buster to the surrounding air. For detail visit:
http://kidbuxblog.com/simple-method-to-bust-aedes-mosquitoes/

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification