BILANGAN PENGUNJUNG

Saturday, 12 November 2011

Ratusan Pengunjung Pesta Buku Tertipu

SHAH ALAM: Ratusan pengunjung yang ingin mendapatkan pelbagai jenis bahan bacaan dengan tawaran harga hebat terpaksa gigit jari apabila separuh daripada jumlah gerai buku yang dijanjikan di Karnival Pesta Buku 2011 ternyata tidak ada.

   Menurut sumber laman sesawang Universiti Teknologi MARA (UiTM), karnival yang berlangsung selama lima hari bermula 3 hingga 7 Oktober itu mencatatkan sebanyak 30 gerai mengambil bahagian dengan menawarkan pelbagai jenis bentuk bahan bacaan kepada pengunjung yang hadir.

   Hasil tinjauan Jurnalis Shah Alam mendapati hanya terdapat enam gerai sahaja yang mengambil bahagian pada hari pertama karnival di Plaza Satelit B (PSB), Universiti Teknologi MARA, UiTM Kampus Puncak Alam.

   Namun demikian, Jurnalis Shah Alam difahamkan bahawa jumlah gerai bertambah pada hari kedua dan ketiga karnival menjadikan jumlah keseluruhan 15 buah gerai.

   Menurut salah seorang pengunjung, Nurul Jannah Bt Md Shukor, 21, Fakulti Sains Kesihatan, “Karnival kali ini amat mengecewakan dan saya merasa telah ditipu oleh pihak penganjur”.

   Beliau mengulas sedemikian ketika ditanya mengenai jumlah gerai yang terlibat tidak sama seperti yang telah diberitahu melalui laman sesawang UiTM.

   Mengulas lanjut, beliau berpendapat bahawa pihak penganjur seharusnya memastikan jumlah sebenar gerai yang terlibat terlebih dahulu untuk mengelakkan kekeliruan dikalangan pengunjung.

   Rasa kekecewaan juga disampaikan oleh Wan Nor Afifah Wan Mohammad Nor, 21, Fakulti Sains Kesihatan yang sanggup datang awal ke pesta buku untuk mendapatkan beberapa buah buku rujukan ternyata bertukar hampa apabila buku yang diingini tiada.

   Seorang lagi pengunjung, Norfadhilah Abdul Halil, 22, Fakulti Pengurusan dan Teknologi pejabat berkata beliau rasa tertipu dan merasa amat kesal dengan sikap penganjur yang tidak serius tentang jumlah sebenar gerai yang terlibat dan sehingga kini, masih tiada sebarang pengakuan maaf dilakukan.

   Karnival Pesta Buku 2011 merupakan salah satu acara tahunan yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tunku Abdul Rahman (PTAR) dan Fakulti Pengajian Maklumat dan Teknologi Pejabat (FPTP), UiTM Kampus Puncak Alam dalam usaha mengalakkan amalan membaca dikalangan pelajar

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification