BILANGAN PENGUNJUNG

Saturday, 12 November 2011

Fakulti Pendidikan Galak Pelajar Dalami Ilmu Keusahawanan

Shah Alam: Fakulti Pendidikan merancang untuk melatih lebih ramai bakal cikgu yang bukan hanya mahir dari segi pengajaran tetapi juga mahir dalam seni perniagaan pada masa akan datang dengan wujudnya aktiviti keusahawanan di Fakulti Pendidikan, Seksyen 17 seperti dengan berlangsungnya Karnival Keusahawanan 2011.

   Karnival yang berlangsung selama dua hari pada 27 dan 28 Oktober lalu telah berjaya menarik ramai pelajar yang berbakat dalam bidang keusahawanan dan ia telah dirasmikan oleh Dr. Izaham Shah Ismail, Dekan Fakulti 

   Pendidikan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
Sebanyak 20 buah khemah peniaga telah didirikan dan ini termasuk dengan penyertaan daripada beberapa orang peniaga dari luar.

   Pengerusi Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan, Abdul Muhyi Harun, 21, berkata, mereka mengharapkan agar lebih ramai pelajar dari Fakulti Pendidikan yang berkemahiran dalam bidang perniagaan dapat dihasilkan.

   “Ramai di antara kami yang berkebolehan dalam industri perniagaan dan keusahawanan tetapi tidak berpeluang untuk menunjukkan kebolehan mereka akibat sibuk dengan pengajian dan kerja-kerja universiti.

   “Karnival seperti ini juga berkait rapat dengan matapelajaran yang perlu diduduki oleh semua pelajar tahun akhir TESL khususnya iaitu Professional Development (EDU 630) dan ini secara tidak langsung dapat melatih kami secara terus tentang bagaimana caranya untuk mengendalikan sesuatu perniagaan dan juga dalam menghadapi pelanggan,”katanya lagi.

   Karnival ini merupakan yang kedua dianjurkan selepas mendapat banyak permintaan dari pelajar serta pensyarah sendiri dan ia juga diharap agar menjadi titik tolak kepada mereka untuk menganjurkan karnival keusahawanan yang lebih besar pada masa akan datang.

   Di samping itu, karnival yang telah berjaya menarik seramai lebih 500 orang pelajar pada hari pertama juga dilihat sebagai satu medan untuk mengeratkan silaturrahim antara pelajar lain kerana mereka tidak sempat untuk berkenalan walaupun berada di fakulti yang sama.

   Karnival seperti ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ia dapat melatih para pelajar berdikari dan juga dapat melatih mereka menjalankan pelbagai tugas (multi-tasking) dan dengan sokongan kuat dari pihak fakulti, ia dilihat tidak mustahil.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification