BILANGAN PENGUNJUNG

Saturday, 12 November 2011

Junior Inventors’ Tarikan Utama Pengunjung

SHAH ALAM: Mempercayai bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi seorang pencipta, Universiti Teknologi MARA (UiTM) memberi peluang kepada  anak muda dari sekolah menengah rendah dan ke atas serta matrikulasi untuk menyertai PENCIPTA 2011.

   Buat julung kalinya, program berprestij yang berlangsung selama tiga hari dari 13 hingga 15 September 2011 menawarkan kategori baru, Kategori Pencipta Muda dan Remaja dengan harapan kategori baru ini dapat mencergaskan lagi minda muda-mudi.

   Pertandingan bertemakan ‘Menyemarak Inovasi Bersama Model Baru Ekonomi’ ini diadakan untuk mengembangkan bakat dan kreativiti yang terpendam serta melahirkan pelajar berpotensi dan mahir dalam era teknologi maklumat.

   Di samping itu, sebanyak 39 produk dipamerkan hasil rekaan peserta-peserta Kategori Pencipta Remaja dan Muda.

   Reka cipta yang paling menarik perhatian ramai adalah ‘Smart Fuel Tank’ (Smafet) oleh SM Teknik Kajang di mana ia direka khas  dengan aspek-aspek keselamatan terperinci untuk kenderaan semasa mengisi petrol. 

   Bagaikan sudah diduga, Universiti Teknikal Malaysia berjaya mencuri tumpuan barisan juri apabila mengungguli Kategori Pencipta Remaja kerana berjaya meraih pingat paling banyak iaitu dua pingat emas, tiga pingat perak dan satu pingat gangsa.

   Namun, percubaan UiTM untuk mendominasi kategori ini gagal kerana sekadar meraih dua pingat perak dan tiga pingat gangsa.

   Kategori Pencipta Remaja mendapat lebih 20 penyertaan dari semua IPTA dan juga IPTS di negara ini termasuklah UiTM.

   Sementara itu, Kolej Tunku Kursiah memberi saingan hebat dalam Kategori Pencipta Muda walaubagaimanapun nasib lebih menyebelahi SPBI Tun Abdul apabila dinobatkan juara dengan rekaan ‘ From waste to wealth : Sustainable paper from waste’.

   Bagi Kategori Pencipta Muda ini, sebanyak 24 penyertaan diterima dari semua sekolah di Malaysia yang terdiri dari sekolah kerajaan dan juga swasta termasuklah  MRSM Tun Ghafar Baba Jasin Melaka dan SMK (P) Sri Aman.

   Anugerah para pemenang telah disampaikan oleh Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Rujhan Mustafa, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia pada Majlis Anugerah dan Perasmian Penutup Pencipta 2011.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification