BILANGAN PENGUNJUNG

Saturday, 12 November 2011

ARGUMENTS, THOUGHTS, WHO’S THE DEALER?

“I can never talk in front of strangers spontaneously, let alone without a text in my hand, confidently”

Something I had in mind a year ago, the kind of psyche that I hold and I believe most of us hold dearly. We rarely challenge ourselves to do something beyond imagination because we are scared of the pre-had perception that others might have on us. 

On 29 September 2011, the UT MARA Debating Society, an English debate club from UiTM has organized a recruitment drive to attract new blood into the society to be polished as well as assisting the society to have more critical and analytical member of society. The recruitment drive has attracted almost 50 turnouts of UiTM students coming from various educational backgrounds.

The organizer has organized few activities that shows of what a debate really is; mock debate, public speaking and a group orientation debate introduction from the eyes of the current and former UT MARA Debaters, are some the activities that has been organized.

UT MARA Debating Society is a club of youth that polishes the diamond in the rough. This tradition has been going on for the past 15 years. Along this journey, the Club has received enormous quantity of local and world recognitions as well as produces the next generation with intelligent and high empathy with mind of a sharp shooter. The next question that you may ask now is, how so?
“I will not make it during the speech”
“I probably may cry while giving a speech”
“Everybody will laugh at me because I sound stupid”

Eventually will lead to, “I can’t do it”. A mind set up that underestimate a human ability to go beyond the skies. Albert Einstein once said “Imagination is the power of mind” which indirectly pointed out that human imagination adds up to self-belief, would generate the most powerful shield against the adversities in life.

Now, debates mould these self-destructing thoughts into a golden shield that comes handy in the future. Being in debate is all about learning, be it you cannot converse in English, that you are stage fright, it teaches you to face the fear and keep learning. The main ingredient is to stay believe in yourself, something that cannot be bought but rather earned.

“Apart from honing my social skills, debate is important because it allows us to meet new people and the confidence I learn through debating assimilates with my daily life and eventually helps me to be a better person”, said Nur Addina Rahim, one of UT MARA Debaters.

Being in a debating team, a member needs to go out for tournaments to compete. This opens an avenue for the debaters to get to know other people coming from other learning institutions such as International Islamic University Malaysia(IIUM), Damansara Utama College (KDU) and many others. The sphere of getting to know people is also a practice of sharpening the social skills such as mingling with strangers and more than that being comfortable with it.

The fruits do not come in overnight but in the future when we are ready for working field that needs most of it, confidence and comfortability in adapting is one tool towards it.
Arguing with people to make a point is a practice on assisting us on fast and critical thinking in problem solving. This also applies in class where usually students with debate background have the tendency to speak up their mind.

“Debate participation promotes problem solving and innovative thinking, and helps students to build links between words and ideas that make concepts more meaningful. Debate students are taught to synthesize wide bodies of complex information, and to exercise creativity and implement different ways of knowing,” an extract of The Benefits of Debate: Why Supporting High School Debate is a Worthwhile Project.

These skills cannot be apprehended in daily life unless one practices it. Debate gives fathom of opportunities to the normal ones to reach the impossible and the bright ones to be even brighter. It is oneself that deals with the thoughts and arguments, to have a little control of turning the table to favour ourselves, debate helps individuals to reach this point.

Telefon pintar pencetus jenayah akademik

Acap kali kita mendengar masyarakat dunia hari ini bercerita mengenai smartphones, atau dipanggil telefon pintar. Smartphones mengandungi ciri-ciri seperti wireless,  email, PTT (push to talk), GPS, MMS, OS (operating system), WAP, skrin sesentuh dan pelbagai lagi. 

CANGGIH...smartphones pada masa kini
Smartphones mengandungi lebih 100, 000 aplikasi yang ada, seperti di dalam Iphone dan juga Android Smartphones mampu mengurus dan memudahkan kerja seharian manusia seiring dengan kemajuan teknologi pada masa kini .

Jika ada kebaikan, pasti juga ia mempunyai keburukan. Jika dilihat dari sudut pandangan dalam kehidupan seharian pelajar, smartphones bukan sahaja untuk saling berkomunikasi , malah dijadikan bahan untuk para pelajar memplagiat sesama sendiri dengan pelbagai cara apabila tiba musim ujian mahupun peperiksaan.

Smartphones disalahgunakan
Di United States, pelajar menggunakan smartphones dan Internet untuk meniru semasa peperiksaan. Separuh daripada pelajar menurut survey yang dijalankan untuk Common Sense Media mengakui bahawa penggunaan Internet digunakan untuk meniru dan lebih tiga suku daripadanya menggunakan telefon bimbit mereka untuk meniru, da selainnya menggunakan pelbgai taktik seperti menulis jawapan pada lengan mereka.

Di China, CCTV dan pantauan polis digunakan untuk memantau para pelajar yang mengambil Peperiksaan Kemasukan College Kebangsaan (National College Entrance Exams) oleh kerana terdapat sesetengah pelajar yang cuba menggunakan peralatan canggih seperti smartphones, telefon bimbit dan juga walkie talkie untuk meniru semasa peperiksaan.  Peperiksaan tersebut amat penting dalam sistem akademik di China dan lebih 9 juta pelajar menduduki peperiksaan tersebut pada bulan Jun setiap tahun.

Di London, berpuluh-puluh pelajar ditangkap dalam peperiksaan universiti di seluruh Britain. Angka yang diperoleh menurut Akta Kebebasan Maklumat, pelbagai teknik yang digunakan seperti menggunakan Internet di smarphones dan telefon bimbit dan juga menulis jawapan pada lengan adalah paling popular. Antara kampus yang terbabit adalah Universiti Teesside di Middlesbrough (17 pelajar), Universiti Middlesex (15 pelajar) diikuti Kingston (10 pelajar) , Sheffield tujuh pelajar dan Kolej Universiti London, enam pelajar. Kesemua mereka disingkirkan daripada universiti tersebut.

Situasi yang sama di Jepun membabitkan seorang pelajar lelaki yang ditangkap kerana menipu dalam peperiksaan kemasukan universiti dengan menggunakan forum yang di akses melalui telefon bimbitnya. Akibatnya, dia ditahan dan dibicara.

Memplagiat mempunyai pelbagai cara, antara taktik yang biasa digunakan adalah dengan mengambil gambar di nota dan buku teks untuk meniru di dalam ujian atau peperiksaan. Ada juga yang terus membuka laman web untuk mencari jawapan.

Adakah para pelajar kini sudah kehilangan minat untuk membaca atau belajar kerana dengan adanya smartphones, mereka menjadikannya sebagai satu alternatif selain daripada mengulangkaji dan membaca buku? Malah, mereka tidak merasa bersalah atas kesalahan yang mereka lakukan, malah berbangga jika mereka mendapat markah yang bagus dalam ujian mahupun peperiksaan.

Markah yang bagus tidak menjamin apa-apa bagi mereka yang memplagiat semasa peperiksaan dijalankan, kerana pada masa hadapan, pasti mereka akan ketandusan dari semua aspek.

Kecanggihan teknologi yang mempunyai pelbagai aplikasi, mampu membuatkan para pelajar menjadi semakin malas dan ketandusan idea dalam mencurahkan keringat di meja peperiksaan. Ada yang menggunakan smartphones antara satu sama lain untuk meniru rakan masing-masing menerusi aplikasi BBM (Blackberry Messenger) mahupun menerusi Whatsapp, dan sebagainya. .

Kelajuan penghantaran mesej menerusi aplikasi tersebut mampu membuatkan para pelajar meniru dengan cepat dan dengan banyaknya. Disitulah terdapatnya keburukan smartphones, yang telah disalahgunakan oleh para pelajar masa kini.
Memplagiat bukan merupakan fenomena baru di kalangan para pelajar, malah telah menjadi kebiasaan bagi mereka setiap kali tibanya musim peperiksaan. Tetapi, tidak semua yang memplagiat menggunakan smartphones, hanya segelintir daripada mereka sahaja. Telefon mudah alih disembunyikan daripada dikesan oleh pegawai peperiksaan sebelum peperiksaan dijalankan, walaupun, arahan telah diberikan adalah sangat jelas sebelum peperiksaan bermula.

Adakah kecuaian pegawai peperiksaan dalam memastikan telefon bimbit dimatikan dan diasingkan dari meja peperiksaan  adalah salah satu sebab adanya pelajar yang berjaya untuk meniru? Sukar untuk diketahui punca sebenar memandangkan para pelajar kini ‘cekap’ dengan membuat helah semasa peperiksaan. Dalam melahirkan pelajar berkualiti, pelajar itu sendiri harus berusaha dengan keringat sendiri daripada bergantung kepada alatan lain untuk jalan mudah.

Justeru, tindakan tegas perlu di ambil dalam menangani masalah ini, dalam melahirkan modal insan yang cemerlang pada masa akan datang. Kepada para pelajar, tepuk dada, tanya selera.

Perang Moden menggunakan teknologi laser

Pernahkah anda merasakan bagaimana perasaan dan situasi semasa perang? Berada di dalam ketakutan menunggu masa untuk ditembak oleh pihak lawan adalah sesuatu yang tidak boleh diduga, apatah lagi apabila anda berada di dalam suasana sunyi dan gelap. Jantung pasti berdegup kencang, peluh pasti menitis tatkala muzik dan siren dibunyikan menandakan perang sudah bermula. Begitulah situasi yang dapat dirasakan sewaktu bermain perang moden yang dipanggil Laser Tag ini.

Laser Tag merupakan salah satu fenomena baru yang melanda Shah Alam, oleh kerana ia baru beroperasi selama lima bulan. Bertempat di ICity Shah Alam, Laser Tag bukanlah satu nama asing bagi mereka yang telah lama berkecimpung didalam sukan yang berteraskan penggunaan teknologi tinggi. 

Laser Tag kian mendapat tempat di hati peminat tempatan  disebabkan permainan ini yang berteraskan strategi dan memerlukan semangat kesukanan dikalangan pemain. Diadaptasi daripada permainan ‘paintball’, laser tag mempunyai keunikan tersendiri. 

MENARIK...arena Laser Tag yang disediakan
Revolusi dari aplikasi ketenteraan
Permainan Laser Tag mempunyai susur galur sejarah yang unik berbanding dengan permainan lain. Berasal daripada teknologi tentera Amerika Syarikat, aplikasi ini dicipta dengan tujuan untuk membantu pihak tentera agar askar mereka dapat menyesuaikan diri dan mempunyai kemahiran menembak yang tinggi. Direvolusikan dari aplikasi ketenteraan kepada  kegunaan riadah seharian, permainan ini telah melalui beberapa siri perubahan sebelum akhirnya berjaya menembusi pasaran. 

‘‘Laser Tag telah menembusi pasaran Malaysia dan bertapak disini lebih kurang 10 tahun ’’ demikian ulasan Encik Yogeshweran, Pengurus Operasi di Laser Warzone Icity Shah Alam. Beliau menambah, perintis kepada pembukaan permainan ini di Malaysia bermula di Mines, dan Galactic Laser yang terletak di Mid Valley Megamall. Beliau juga menambah bahawa teknologi yang digunakan di Galactic Laser dan Laser Warzone mempunyai sedikit perbezaan dari segi arena dan teknologi yang digunakan. 

CANGGIH...peralatan yang disediakan
Laser Tag konvensional yang dimainkan oleh para pemain sekarang masih lagi mengekalkan sedikit sebanyak ciri-ciri aplikasi ketenteraan yang pernah digunakan suatu ketika dahulu. Dengan berat keseluruhan hampir 3.7 kilogram, alat untuk bermain permainan ini dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama merupakan Army Suit yang dipakai oleh pemain dan Phaser yakni alat untuk menembak atau memancarkan laser kearah pihak lawan. 

Hanya menggunakan teknologi laser untuk menumbangkan pihak lawan, ianya boleh dimainkan secara individu, mahupun berkumpulan. Keunikan permainan ini adalah pemain perlu untuk menembak atau  “tagging” pihak lawan dengan phaser yang berkelajuan 4 tembakan per saat. 

Bagi para pemain yang masih belum biasa lagi dengan permainan ini, setiap Phaser akan mempunyai tanda kenalan unik yang tersendiri contohnya seperti Ghost, Ace, Alpha, Atom. Walaubagaimanapun jika pemain merupakan ahli, pemain akan dapat menggunakan nama samaran pilihan pemain sendiri.

Apabila telah ditembak oleh pihak lawan, maka lampu yang terdapat di Army Suit akan gelap seketika selama lima saat sebelum boleh diaktifkan semula. Pada waktu ini para pemain akan mencari ‘hiding spot’ yang baru untuk menyambung semula permainan. Arena akan dipantau oleh seorang Marshall yang berkelayakan untuk memastikan permainan berjalan lancar dan pemain mematuhi peraturan yang telah ditetapkan semasa taklimat yang diberikan sebelum permainan dimulakan.

Laser Tag juga boleh dimainkan secara ‘indoor’ mahupun outdoor’. Walaubagaimanapun ‘indoor’ lebih dititikberatkan di Malaysia kerana tidak memerlukan teknologi yang lebih rumit dan mahal. Permainan ini digerakkan menggunakan teknologi Rift dan memerlukan sepenuhnya sistem WiFi untuk beroperasi. Kepentingan WiFI didalam permainan ini adalah supaya setiap laser yang ditembak dapat dikesan oleh gelombang WiFi dan seterusnya mendaftar markah ke sistem utama serta mengesan tembakan laser oleh para pemain didalam arena. Penggunaan WiFi amat penting sekali dimana setiap kali sebelum permainan dimulakan, para pekerja teknikal akan memastikan tiada sebarang kesulitan yang akan timbul.
Keterujaan ketika bermain permainan ini juga turut dibayangi oleh kesan sampingan yang mungkin diperoleh. 

Namun andaian ini dengan pantas disangkal oleh pihak pentadbir Laser Warzone yang menegaskan bahawa laser yang digunakan tidak akan membawa sebarang kemudaratan terhadap pemain. Ini kerana proses pengkomersialkan telah memastikan laser yang digunakan tidak akan mendatangkan kecederaan kepada mata pemain misalnya yang mana acap kali menjadi kekhuatiran bagi mereka yang ingin mencuba permainan ini. Ini dikuatkan lagi dengan peratusan bahawa kecederaan yang berlaku akibat dari laser yang dipancarkan adalah 0%. 

Arena yang digunakan juga memainkan peranan dalam memastikan permainan berjalan dengan lancar. Arena yang digunakan bagi acara ‘indoor’ berkeluasan 7000 kaki persegi manakala bagi ‘outdoor’ pula keluasan mungkin menjangkau beberapa kali ganda. Dilengkapi dengan halangan dan pertahanan bagi melindungi dan menyerang pihak lawan seperti tona cahaya, arena Laser Tag juga memberi peluang kepada pemain untuk mengubah landskap medan pertempuran mereka mengikut citarasa yang tersendiri dan idea mereka haruslah disalurkan ke pihak pengurusan untuk pertimbangan.

Teknologi Rift
Rift merupakan salah satu teknologi yang diguna pakai oleh kebanyakan syarikat yang mengoperasikan permainan Laser Tag dimana Rift sendiri telah menjadi pengeluar alatan terbesar untuk permainan ini sejak 1989 lagi. Phaser yang dicipta oleh sistem Rift ini berkemampuan untuk menghasilkan laser hijau yang jelas serta memenuhi piawaian yang ditetapkan. 

Vest ciptaan Rift pula dibina dari trempolin yang membolehkan pemain tidak sesak nafas serta tahan lasak kepada kotor dan bauan. Ini penting untuk memastikan kebersihan pemain yang menggunakannya berada ditahap yang optimum. Ini diakui oleh Encik Ismail Ramli yang juga merupakan Penyelia Operasi di situ. “Kelengkapan Laser Tag sukar dan jarang akan mengalami kerosakkan kerana bahan yang digunakan datang dari sumber yang berkualiti. Tambahan pula teknologi yang digunakan seperti cip dan perisian untuk mengoperasi datang dari negara luar” ujar beliau lagi. 

Bertitik tolak dari teknologi yang berkembang pesat sejajar dengan keperluan manusia untuk mengecapi cabaran yang lebih mantap, Laser Tag hadir untuk mengisi permintaan dan memenuhi aktiviti lapang mereka yang sentiasa mahukan cabaran dan kelainan. Keterujaan selama 10 minit beraksi ketika bermain sudah cukup untuk membuktikan kepuasan sebenar yang tidak boleh dinafikan bagi mereka yang pernah mencuba permainan ini.

Saya tak sanggup lagi ‘merempat’

Ketika media di negara ini sibuk mencanang nasib golongan gelandangan di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, kini wujud pula golongan sama di institusi pengajian tinggi. Berbeza dengan mereka yang tinggal di bawah jambatan dan kaki lima, golongan ‘cerdik pandai’ ini pula menjadikan rumah sewa rakan sebagai tempat untuk menumpang teduh.

Sambil mengharapkan belas kasihan tuan rumah, kehadiran mereka turut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penghuni sah yang bersusah payah mencari rumah dan menghabiskan sejumlah wang semata-mata untuk mendapatkan penginapan yang selesa.

Tidak cukup dengan itu, tetamu yang tidak diundang ini dikatakan turut menjadi punca perbalahan antara penghuni yang sebelum ini hidup aman damai. Perkara ini diakui sendiri oleh Yaya (bukan nama sebenar),22, seorang pelajar gelandangan yang telah empat kali berpindah-randah akibat pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadapnya.

Bahan sindiran
“Sampai bila engkau nak tinggal di sini? Dah ramai yang bertanya sebab mereka rasa tak selesa dengan kehadiran engkau”. Ya Allah, hati Jurnalis Shah Alam tersentuh tatkala Yaya memberitahu bahawa dia ditanya dengan soalan sebegitu oleh salah seorang rakan serumah kawannya.
“ Memang rasa segan dan malu dengan orang lain , tapi nak buat macam mana, dah tiada tempat tinggal, terpaksa juga tebalkan muka ni”, itulah luahan yang diungkapkan kepada Jurnalis Shah Alam ketika menemu ramah seorang pelajar gelandangan yang terpaksa hidup dalam keadaan yang bukan dipintanya apabila dia terpaksa menumpang rumah rakan-rakannya hanya sekadar untuk mendapatkan tempat berteduh untuk dia meneruskan kelangsungan hidup. 

Rintihnya lagi, pelbagai sindiran yang dilemparkan oleh penghuni rumah rakannya apabila dia mula menjejakkan kaki ke rumah itu. Menjadi bahan bualan dan sindiran setiap hari amat menyakitkan, tetapi dia gagahkan juga diri menjadi gelandangan oleh kerana dia tidak mempunyai tempat lain untuk dia menumpang pakai. 

Rayuan ditolak
Kisah pahit ini bermula apabila rayuan kolejnya ditolak. Yaya berkata bahawa dia ada memohon kolej di dalam UiTM, tetapi beliau terpaksa bersaing dengan puluhan dan ratusan pelajar lain yang mahu juga mendapatkan tempat di kolej yang ada. 

“Keputusan rayuan kolej lambat dikeluarkan, mula-mula seminggu, selepas itu terpaksa tunggu minggu hadapan pula”, rintihnya lagi. Sementara menunggu rayuan, dia terpaksa menumpang di sebuah rumah rakannya di Pusat Komersial, Seksyen 7. 

Selepas seminggu duduk menumpang dirumah kawannya, dia berhasrat untuk menduduki rumah tersebut dan sudah pun membayar sewa. Namun, pahit maungnya hanya Tuhan sahaja yang tahu apabila seorang ahli rumah tersebut tidak jadi untuk keluar dari rumah tersebut, maka, duit deposit Yaya  dikembalikan. Yaya lantas terpaksa mencari tempat lain untuk berteduh. 

Kemudian, dia menumpang di sebuah rumah rakannya yang juga rakan satu kelas di UiTM, yang terletak di Pangsapuri Danaumas. Yaya terpaksa berkongsi rumah yang bilangannya terdapat 7 orang kesemua sekali. “ Saya tidak ada pilihan, rumah rakan lain semua sudah penuh, tinggal bersama kawan sekelas sekurang-kurangnya saya boleh pergi ke kelas bersama-sama mereka yang lain”, katanya lagi. 

Bernasib baik
Penderitaan hidupnya sebagai gelandangan selama dua bulan terhenti apabila nasib menyebelahinya apabila dia mendapat simpati rakannya yang mengajak dia bersama-sama menduduki rumah mereka. Hanya syukur yang mampu diucapkan apabila masih ada insan yang sanggup menerimanya di saat dia dalam kesusahan. Semoga nasib malang yang menimpanya tidak akan berlaku kepada para pelajar yang lain. “ Cukuplah penderitaan ini hanya berlaku kepada saya”, akhiri Yaya sambil menarik nafas lega.

Sauffi, Khaliza gembira bantu golongan miskin


Kewujudan sebuah pusat kebajikan dikenali Pertubuhan Membela Miskin Tegar (BELAMISKIN) di Seksyen 16, Shah Alam membuktikan sikap murah hati dalam kalangan masyarakat di negara ini masih utuh bertahan.

Memilih cara tersendiri untuk membantu golongan kurang bernasib baik,  Belamiskin tidak pernah memilih warna kulit atau kerpercayaan ketika menghulurkan bantuannya kepada penduduk sekitar, selaras dengan konsep 1 Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ditubuhkan lebih setahun lalu, pusat yang diasaskan pasangan suami isteri,  Mohamad Sauffi Hamzah dan Khaliza Khaltom Abdul Rahman, menyediakan makanan percuma kepada lebih 300 orang pengunjung setiap hari yang rata-ratanya adalah golongan miskin tegar setempat dan juga miskin bandar. 

“Makanan yang disediakan merupakan air tangan pengasas dan penasihat pertubuhan. Pengunjung yang datang akan disajikan dengan satu lauk dan menu yang dihidangkan adalah setiap sehari.

“Sekiranya pengunjung berasa kurang selesa makan di sini, mereka boleh membawa pulang makanan tersebut ke rumah,” kata Khaliza ketika ditemui Jurnalis Shah Alam baru-baru ini.

“Kami disini tak kisah jika ada pengunjung yang ingin membungkus makanan dan bawa pulang, sebab kadang-kala ada yang malu nak makan kat sini, dan ada juga yang ingin makan bersama keluarga di rumah. Plastik juga kami sediakan untuk mereka” katanya lagi. 

Berbanding mereka yang makan di kedai tersebut, mereka hanya disyaratkan untuk membasuh pinggan sendiri selepas makan. Ia sudah memadai dengan apa yang telah diberikan oleh pengasas pertubuhan ini.
Tidak dengan itu, pertubuhan ini juga ada menyediakan sebuah bilik dimana terdapatnya berbagai-bagai jenis pakaian baru dan terpakai oleh mereka untuk didermakan kepada pengunjung yang datang, dan juga hasil derma daripada orang ramai. 

“Pengunjung yang datang boleh mengambil pakaian yang sesuai dengan mereka di sebuah bilik di restoran ini. Kami tak bahagi-bahagi kan baju kepada mereka, cuma sesiapa yang rasa mahu baju untuk dipakai, mereka boleh terus ke bilik tersebut dan mengambilnya sendiri”, ulas beliau lagi.  

Usaha mereka untuk memberikan makan dan pakai percuma kepada golongan yang miskin tegar dan miskin bandar ini tidak cuma itu sahaja, malah sifat ingin melihat masyarakat di sini celik ilmu dan menjadi insan yang berpendidikan diteruskan dengan memberi tuisyen percuma kepada pelajar-pelajar disini. 

“Tenaga pengajar adalah daripada mereka yang berkhidmat secara sukarela demi memperjuangkan pendidikan di negara ini. Walaupun mereka tidak mampu untuk membayar tuisyen di luar, dengan cara ini, kami berharap mereka dapat pendidikan yang sepatutnya demi menjamin masa depan mereka di masa hadapan. Dengan pendidikan, mereka pasti akan merubah hidup mereka satu hari nanti” ulas Khaliza lagi dengan penuh harapan. 

Ketika ditanya darimana mendapat dana untuk menubuhkan pertubuhan ini, beliau berkata, segala perbelanjaan sebelum ini dibiayai oleh beliau dan ahli keluarga, tetapi, selepas beberapa bulan beroperasi, ada yang memberi sumbangan minima daripada individu dan syarikat yang celik sedekah dalam bentuk wang ringgit, makanan, pakaian dan lain-lain. 

“Kami mengharapkan bantuan orang ramai yang sudi menderma seperti pakaian terpakai, volunteer di pusat kebajikan, kewangan, makanan-makanan basah atau kering, buku-buku dan sebagainya. Selain itu kami berharap masyarakat di luar sana terus memberikan sokongan moral kepada mereka yang kurang bernasib baik, dan selagi rezeki kami masih ada, kami akan terus berbakti kepada mereka yang perlu ‘’ tambahnya lagi. 

Sesiapa sahaja boleh memberikan sumbangan, tak kira agama, bangsa dan darjat, kerana golongan yang kurang berkemampuan harus mendapat tempat di hati masyarakat demi untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup di muka bumi ini. 


 Menu yang disediakan
ISNIN
Nasi Lemak atau Nasi Berlauk ( Ayam atau Ikan Kari Campur Sayuran)
SELASA
Laksa, Mee Bandung atau Mee Goreng
RABU
Bihun Singapura atau Bubur Nasi Berlauk
KHAMIS
Nasi Berlauk ( Ayam atau Ikan Masak Kicap atau Sos Tiram).
JUMAAT
Nasi Berlauk (Ayam Kurma Campur Sayuran).
SABTU
Nasi dengan Sup Ayam atau Nasi Goreng Kampung.


Pasar Malam Setia Alam Catat The Malaysia Book of Records

SHAH ALAM: Bandar Setia Alam mencatat sejarah tahun ini apabila tersenarai dalam The Malaysia Book of Records sebagai pasar malam yang terpanjang di Malaysia seterusnya mengatasi rekod pasar malam Taman Connaught, Cheras.

   Pasar malam sepanjang 2.4KM itu mampu menarik minat kira-kira 10,000 pengunjung hadir berikutan kedudukan pasar yang berhampiran dengan pusat membeli belah Tesco.

   Dato’ Menteri Besar Selangor, Y.A.B Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim menyampaikan sijil The Malaysia Book of Records kepada Persatuan Penjaja-Penjaja Setia Alam sempena meraikan sambutan ulangtahun Bandaraya Shah Alam ke-11.

   Dalam pada itu, beliau menekankan bahawa peniaga pasar malam perlu memberikan perhatian khusus kepada 4P iaitu harga, lokasi, promosi dan pengurusan bagi menjadi perniagaan mereka berkualiti tinggi serta menguntungkan. 

   Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, wakil The Malaysia Books of Records, Zulhairi Mohd Zain, Pengerusi Persatuan Pasar Malam Setia Alam Fariz Abdullah, Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu dan Dr Yaakob Sapari.

   Pasar malam Setia Alam yang yang diadakan setiap hari sabtu bermula jam 5 petang hingga 11 malam itu mempunyai keunikkan tersendiri apabila pelbagai jenis juadah boleh didapati dari 300 lot gerai yang mengambil bahagian

   Pasar malam tersebut  bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis makanan melayu, tetapi juga makanan masyarakat cina seperti mua chi, ‘pan mee’, Char Keoy Teow dan pelbagai jenis bebola ini berikutan 70 peratus peniaga pasar malam tersebut adalah golongan Cina.

   Menurut salah seorang pengunjung, Noor Emmafarina Mohd Ghazali, 24, “saya gemar untuk datang ke pasar malam ini bukanlah semata-mata untuk membeli makanan tetapi lebih tertarik kepada kemeriahannya”.

   Mengulas lanjut, beliau yang juga pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) berpendapat bahawa pasar malam merupakan salah satu platform untuk mengeratkan lagi hubungan antara kaum terutamanya masyarakat Melayu dan Cina.

   “Pasar malam ini menawarkan pelbagai barang serta dilatari suasana persekitaran bersih, selamat dan ceria, serta memenuhi cita rasa pembeli dan pengunjung”, kata Abu Halipah Ali, 46.

   Beliau yang sering mengunjungi pasar malam bersama keluarga berkata  bahawa keramahan peniaga dan harga yang ditawarkan juga merupakan salah satu daya tarikan untuk menarik minat pengunjung.

Pelancaran Penjenamaan semula MBSA

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melancarkan penjenamaan semula MBSA dengan misi komitmen pihak MBSA untuk memberi perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat.

   Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YB Dato’ Haji Mohammed Khusrin bin Munawi merasmikan majlis pelancaran penjenamaan semula MBSA yang berlangsung di Auditorium MBSA.

   “Penjenamaan semula ini bertujuan untuk memperkasakan lagi Tadbir Urus Baik yang profesional dengan matlamat meningkatkan kualiti perkhidmatan MBSA demi kesejahteraan dan kualiti kehidupan pihak berkepentingan atau “stakeholder”, kata YB Dato’ Haji Mohammed Khusrin.

   Tambahnya lagi, penjenamaan ini penting untuk generasi akan dating kerana merekalah bakal mengorak langkah negara ini.

   Pada majlis tersebut, beliau juga diperkenalkan dengan penjenamaan semula Misi, Visi dan Objectif MBSA yang baru.

   Pada majlis tersebut, pihak MBSA telah berikrar untuk mempertingkatkan Sistem Penyampaian melalui penekanan budaya kerja cemerlang dan berkualiti.

  Pelaksanaan sistem ini menepati kehendak dan keperluan masyarakat awam khususnya pihak berkepentingan.

   Selain itu, MBSA juga merangka pelbagai pelan strategik bagi memantapkan dan memperkasakan modal insan warganya melalui pengenalan beberapa inisiatif seperti Pelan Strategik 2010- 2015 dan Pelan Intergiti MBSA.

   Pelan perancangan ini akan memberi panduan kepada warga kerja MBSA berhubung hala tuju pihak MBSA.

   Penjenamaan semula MBSA akan memberi satu semangat baru kepada warga kerja MBSA untuk sentiasa memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat.

   Turut hadir pada majlis tersebut Datuk Bandar Shah Alam iaitu YBhg. Dato’Mohd Jaafar Mohd Atan.

  Beliau menyerahkan Buku Pelan Strategik MBSA 2010-2015, Pelan Integriti MBSA, Laporan Draf Perancangan Tempatan MBSA (Pengubahan 1) 2020, Buku Standard Amalan Persekitaran Bekualiti (QE-5S), Buku Konvensyen Inovatif dan Kretif serta Buku Program dan Aktiviti MBSA kepada YB setiausaha Kerajaan.

Kenderaan Komuniti MBSA

SHAH ALAM: Pihak Perusahaan Kenderaan Otomobil Nasional (PROTON) telah menyumbangkan sebuah Multi Purpose Vehicle MPV berjenama ‘EXORA’ sebagai kenderaan Komuniti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

   Kenderaan ini adalah untuk memberikan kemudahan pengangkutan secara percuma kepada golongan usia emas dan orang kelainan upaya (OKU) yang mempunyai kecacatan penglihatan, pendengaran dan kecacatan fizikal.

   Tujuan kenderaan ini adalah untuk membantu golongan tersebut mendapat perkhidmatan pemeriksaan di Hospital dan pusat perubatan berhampiran Bandar raya Shah Alam.

   MBSA selaku Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang prihatin mengorak langkah dalam menyediakan kemudahan awam kepada golongan warga emas dan juga golongan OKU .

   Ini merupakan sebahagian dari inisiatif ‘local agenda 21’ shah alam yang akan menyediakan kemudahan awam untuk pebagai peringkat usia dan golong masyarakat.
Majlis pelancaran kereta ini telah disempurnakan Datuk Bandar Shah Alam iaitu Dato’Mohd Jaafar Mohd Atan.

   Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada PROTON yng sudi menyumbangkan kenderaan kepada komuiti MBSA.

   Tambahan lagi,kenderaan ini dapat lah membantu warga emas  mendapatkan rawatan dialisis di hospital atau pusat dialisis.

   Katanya lagi, dengan adanya kenderaan komuniti ini dapat lah meringgankan bebanan warga emas dan OKU untuk mendapatkan rawatan di hospital.

   Kenderaan ini beroperasi di sekitar bandar Shah Alam dan laluan-laluan yang ditetapkan oleh pihak MBSA dan perkidmatan diberikan secara percuma bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari isnin hingga jumaat waktu bekerja.

Penggunaan Bas: Kurangkan kesesakan di UiTM Shah Alam

SHAH ALAM: “Kami berharap agar ramai yang akan menggunakan pengangkutan awam seperti bas yang disediakan ke fakulti masing-masing supaya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di dalam Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.”

  Itulah harapan pelajar, pensyarah dan pekerja di UiTM Shah Alam apabila ditanya mengenai keadaan kesesakan lalu lintas yang terpaksa mereka tempuh setiap kali mahu ke fakulti atau ke tempat yang ingin dituju.

   Sehubungan itu, menjadi dasar UiTM Shah Alam tidak menggalakkan para pelajarnya membawa kereta ke dalam kampus dan dasar ini terpaksa dilaksanakan bagi tujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di dalam kawasan kampus UiTM Shah Alam.

   Justeru itu ,  pihak pengurusan UiTM lebih menggalakkan mereka menggunakan kenderaan awam untuk tujuan berkenaan.

   Sebagai makluman, UiTM Shah Alam mempunyai ruang tempat kereta yang terhad iaitu dalam anggaran 7,000 lot, manakala kakitangannya berjumlah lebih daripada 8,000 orang.

   Ruang untuk pembangunan tempat meletak kenderaan juga amat terhad dan bagi menampung tempat letak kereta kakitangan sendiri, pihak pengurusan UiTM tidak dapat menyediakan sepenuhnya.

   Menurut seorang pelajar di sini,Hasrol Nizam, 21, Fakulti Perubatan, beliau sering menggunakan jalan berkenaan untuk ke fakulti dan pulang walaupun terpaksa berhadapan dengan kesesakan yang teruk sepanjang jalan di pintu belakang UiTM berkenaan.

   Walau bagaimanapun pihak UiTM Shah Alam telah menyediakan tempat letak kereta pelajar di kawasan Padang Kawad disamping menyediakan perkhidmatan bas perantaraan atau Shuttle Bus untuk ke setiap fakulti di dalam kampus bagi memudahkan pergerakan pelajar.

   Selain itu, sikap degil para pelajar yang suka meletakkan kereta sesuka hati adalah salah satu punca kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu kemuncak iaitu awal pagi dan tengahari di UiTM Shah Alam.
.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification