BILANGAN PENGUNJUNG

Saturday, 12 November 2011

Bajet Berteraskan Inovasi

SHAH ALAM: Memperteguhkan penyelidikan dan inovasi adalah satu daripada tujuh teras utama yang digariskan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi menjelang 2020.

Peserta PECIPTA 2011 memberikan taklimat inovasi beliau kepada hakim
   Inovasi dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) adalah penting dalam mentransformasikan negara ke arah mencapai ekonomi negara yang berpendapatan tinggi dan mencapai tahap negara maju.

   Dengan tema ‘Menyemarak Inovasi Bersama Model Baru Ekonomi’, Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 2011 (PECIPTA 2011) bukan sahaja menjadi medan mempamerkan produk R&D, tetapi juga lokasi pertemuan strategik antara industri dan produk ciptaan berkualiti.

   Program PECIPTA 2011 ini sejajar dengan kehendak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini yang mahu menjadikan tahun 2012 sebagai Tahun Gerakan Inovasi.

   Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan belanjawan itu dapat merancakkan lagi usaha bagi meramaikan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang lebih kreatif dan inovatif sekaligus menjadikannya sebagai hab inovasi negara.
   "Ini dapat dilihat menerusi inisiatif program penerapan dan pembangunan inovasi di peringkat IPTA selaras dengan matlamat tahun 2012 yang dipilih sebagai Tahun Gerakan Inovasi," katanya.
   Beliau juga berharap program ini dapat memperluaskan budaya inovasi dikalangan generasi muda selain mempamerkan hasil rekacipta dan inovasi peserta.
  Untuk merealisasikan aspirasi negara, kerajaaan memperuntukan sebanyak RM 100 juta untuk melaksanakan beberapa inisiatif strategik yang meliputi perlaksanaan program penerapan inovasi, pengkomersilan produk, memperkenalkan Anugerah Cipta 1Malaysia (C1PTA), serta penganjuran World Innovation Forum dan Asia Business Angel Forum. 
   Selain itu dalam pembentangan Bajet 2013, kerajaan juga mencadangkan perkhidmatan reka bentuk industri diberi galakan Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus selama lima tahun.
   Pelbagai langkah telah dijalankan oleh pihak kerajaan dalam usaha mempertingkatkan hasil produktiviti, kualiti dan juga semangat berdaya saing dikalangan generasi muda yang bakal menerajui pucuk kepimpinan negara.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification