BILANGAN PENGUNJUNG

Saturday, 12 November 2011

Kerjasama PECIPTA dan Freescale sesuatu yang baru

SHAH ALAM: Freescale Semiconductor Malaysia buat julung kalinya berganding bahu dengan Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) bagi mengadakan Pertandingan Lumba Kereta Pintar yang telah diadakan pada 14 dan 15 September lalu, bertempat di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC).

Para peserta sedang melakukan persiapan akhir sebelumbermulanya Freescale Cup
   Pertandingan itu dianjurkan setiap tahun sejak tahun 2008 oleh Freescale Semiconductor Malaysia bagi mendedahkan para pelajar kepada pemahaman yang lebih besar mengenai penciptaan dan penggunaan kereta pintar.

   Walau bagamanapun, pada tahun ini, Pertandingan Lumba Kereta Pintar ini diadakan atas anjuran bersama Freescale Semiconductor Malaysia dan PECIPTA 2011 kerana pertandingan tersebut dilihat bertemakan rekacipta, selari dengan tujuan penganjuran PECIPTA.

   Nama pertandingan ini juga telah ditukar dari Smart Car Competition kepada The Freescale Cup 2011.
Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak melepaskan peluang dengan menghantar tiga kumpulan bagi bertanding menentang 38 pasukan yang lain.

   Dalam pertandingan itu, tempat pertama disandang oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM), diikuti oleh Universiti Swinburne Sarawak di tempat kedua dan ketiga.

   UiTM walau bagaimanapun gagal meraih tempat dalam pertandingan tersebut. Namun demikian, para peserta tetap berpuas hati kerana telah memberikan yang terbaik dalam penciptaan kereta pintar tersebut.

   Mereka berharap agar dapat mencuba dengan lebuh nbaik lagi pada tahun hadapan.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification