BILANGAN PENGUNJUNG

Sunday, 13 November 2011

ISU PENCEN

Apa Kata Pelajar?
 Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Oktober 2011 banyak menyentuh pelbagai aspek termasuklah usia persaraan penjawat awam dari 58 tahun kepada 60 tahun. Ikuti pandangan golongan pelajar berhubung isu tersebut.





“Sangat positif sebab ia dapat mengurangkan sifat ‘dependency’ orang kita dan meningkatkan saingan disamping dapat mengembangkan sektor swasta”.
(AMALINA AL-BAKRI, PELAJAR FAKULTI UNDANG-UNDANG)


 
“Dilihat sebagai sesuatu yang positif dimana para pelajar atau lepasan pelajar dapat menimba pengalaman dan tunjuk ajar daripada yang berpengalaman secara tidak langsung meningkatkan produktiviti”.
 (SHAZWAN NAWAWI, PELAJAR FAKULTI SENI LUKIS & SENI REKA)

 

“Perkara ini dapat member kesan yang negative kepada pelajar kerana peluang perkerjaan akan menjadi lebih terhad. Disini kita dapat lihat yang kerajaan tidak dapat mengatasi masalah penganguran di negara ini dengan efisien”.
 (ZHAFRAN FAUZI, PELAJAR KEJURUTERAAN ELEKTRIK)

                                                                                                                                   

 “Isu ini bukan pertama kali dibangkitkan, sebelum ini pun dah pernah. Kemungkinan ada siknifikasinya yang kita tak boleh nampak, kadang-kala hanya kerajaan yang tahu apa yang terbaik untuk kita semua”. 
 (ANA RIHAN, LEPASAN PELAJAR)


 
“Mungkin perkara ini relevan kepada pihak kerajaan dan kita kerana dapat menggunakan tenaga kerja yang berpengalaman dengan lebih lama dan seterusnya meningkatkan mutu kerja”.
 (HAFIZUL HAKIM, PELAJAR FAKULTI SENI LUKIS & SENI REKA)



 
“Mengurangkan produktiviti para lepasan pelajar kerana susah untuk mendapat peluang perkerjaan dan berkemungkinan akan menganggur terlalu lama”.
 (YUSUFF, LEPASAN PELAJAR)

                                                                                                            
                                                                                                                                             


“Dapat melahirkan persaingan yang mungkin positif ataupun negatif, tetapi buat masa sekarang kelebihan dilihat lebih kepada golongan penjawat kelas atasan kerana dapat menikmati kelebihan ini dengan lebih lama”.
 (ATIKAH HALIM, LEPASAN PELAJAR)
   



                                                                                         ________________________________________________________________________________________ 

Pendidikan percuma Malaysia

PEMBENTANGAN UNIK...belanjawan 2011
KUALA LUMPUR: Tahun 2012 melakarkan sejarah dalam bidang pendidikan di Malaysia apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pemansuhan yuran pendidikan serta peruntukan RM100 bagi setiap pelajar sekolah rendah dan menengah dalam pembentangan  Bajet 2012. 

   Berita ini disambut dengan pelbagai respon dari  ibu bapa yang kebanyakannya melihat pengumuman ini sebagai langkah kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan rakyat.

   Bagi sesetengah ibu bapa walaupun jumlahnya tidak seberapa tetapi ia masih boleh disalurkan kepada perbelanjaan mereka yang mungkin memerlukan lebih lagi.

   Menurut Tengku Suroya Tengku Shaharome, 48, seorang surirumah, berpendapat langkah ini memberi lebih kelebihan kepada golongan berpendapatan rendah jika dibandingkan dengan golongan berpendapatan sederhana.

   Tambah beliau lagi, secara peribadi, pengumuman ini tidk memberi banyak kesan dalam perbelanjaan bulanan satu keluarga beliau.

   Bagi Lynette Abd Rahman,40, pula, polisi ini mengurangkan sedikit beban yang ditanggung rakyat yang disebabkan oleh kenaikan harga barangan.

  “Setidak-tidaknya, satu peratus daripada keseluruhan perbelanjaan keluarga dapat dikurangkan,”kata Lynette.

   Dari perspektif sebuah negara, polisi RM100 bagi setiap pelajar dan pendidikan percuma kepada rakyat memberi impak yang besar bahawa Malaysia kini satu langkah kehadapan ke arah negara maju.

   Jika dibandingkan dengan negara maju lain seperti Amerika dan Australia, Malaysia mungkin belum mencapai taraf yang sama tetapi mesej yang disampaikan oleh pihak kerajaan sudah terang.

   Pendidikan di Malaysia dianggap sebagai satu alat yang lebih efektif daripada kekuatan ketenteraan dalam memodenisasikan negara serta berfungsi sebagai alat bantuan bagi rakyat untuk menyambung kehidupan yang lebih baik.

   Mengikut dasar pendidikan kebangsaan, ia haruslah mampu menampung keperluan negara sebagai negara perindustrian kerana penting bagi rakyat untuk mempunyai pendidikan sesuai dengan keperluan swasta serta melahirkan lebih ramai rakyat yang aktif dalam bidang keusahawanan dan ketidakbergantungan kepada kerajaan. 

   Sebagai negara yang memegang dasar pendidikan menjana kemajuan negara, kerajaan sudah mengambil usaha bagi menghasilkan modal insan yang mampu membawa Malaysia lebih kehadapan untuk sama-sama berdiri setaraf dengan negara maju pada tahun 2020.  

Bantuan Baucer Buku RM200 Kepada Pelajar IPT

 
SHAH ALAM: Isu bajet 2012 masih lagi hangat diperkatakan terutamanya bantuan baucer bernilai RM200 kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
   Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan 260 juta ringgit.
   Ini adalah satu berita baik untuk pelajar-pelajar IPT kerana dengan adanya baucer buku ini makan ringanlah beban untuk membeli buku teks dan rujukan yang semangnya mahal.
   Sehubungan itu, baucer buku bernilai RM200 itu yang diumum dalam Belanjawan 2012 tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
   Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, penuntut mesti menggunakan sepenuhnya pemberian itu untuk pembelian buku dan bahan rujukan.
   Tambah beliau lagi, langkah itu merupakan sikap perihatin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sesetengah buku agak mahal dan ia boleh membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah.
   Menurut Ariffakrie, 20, (gambar sebelah) Fakulti Perubatan, baucer buku ini amat membantu meringankan beban untuk membeli buku teks dan rujukan yang sememangnya mahal.

   “Bagi saya walaupun ia hanya jumlah yang sedikit tetapi ia dapat membantu saya membeli buku teks dan rujukan disamping itu dapat meringankan beban keluarga saya yang berpendapatan rendah,” tambah beliau lagi.
   Lisa, 23, Fakulti Undang-Undang, berpendapat isu yang perlu diberi penekanan ialah usaha kerajaan untuk membantu rakyat dalam meningkatkan ilmu pengetahuan bukanya nilai baucer itu.
  Justeru, ia juga untuk menggalakkan tabiat membaca di kalangan pelajar dan menggalakan mereka membeli buku luar daripada sukatan pelajaran mereka.

Kemudahan sukan terus tidak diendahkan

SHAH ALAM: Kemudahan sukan di UITM Shah Alam terus tidak diendahkan oleh pihak pengurusan sukan. kemudahan sukan yang dimaksudkan ialah gelangang futsal, bola tampar dan tenis yang terletak di depan kolej Perindu. 

   Lokasi gelangang ini sebenarnya amat menyenangkan para pelajar kerana ianya terletak derhampiran dengan kolej kediaman mereka.

   Tetapi mereka hanya boleh bermain di siang hari kerana gelangang tersebut tiada kemudahan lampu. Ini menyebabkan para pelajar yang ingin bermain terutamanya sukan futsal terpaksa bermain di pusat sukan dan di Triways untuk memenuhi kepuasan bermain mereka.

  Keadaan gelangang tersebut amat menyedihkan terutamanya malam kerana pada sebelah malam persekitaran kawasan tersebut amat menakutkan dan bahaya disebabkan tiada kemudahan lampu digelanggang tersebut.

   Disebabkan ini, para pelajar tidak dapat menikmati kemudahan gelanggang terutamanya gelangang futsal dan mereka terpaksa berebut mengunakan gelangang yang terletak di unit sukan.

  Bagi mereka yang tinggal di dalam kampus, gelangang futsal yang berada di unit sukan merupakan tumpuan kerana jaraknya yang dekat berbanding dengan gelangang futsal Triways yang terletak di luar kawasan UiTM.

   Bersukan merupakan satu- satunya aktiviti yang boleh dilakukan oleh para pelajar tertamanya yang tinggal di dalam kampus untuk mengisi masa lapang mereka, dan segala aktiviti hanya boleh dilakukan pada sebelah petang hingga malam.

   Keadaan ini menyebabkan pelajar lelaki berebut untuk bermain, dan kadang kala mereka berebut dengan pelajar perempuan terutamanya pada hari Selasa walaupun hari tersebut dikhaskan hanya untuk pelajar perempuan (ladies night) menggunakan kemudahan sukan.

   Apabila persoalan ini diajukan kepada pegawai di unit sukan, mereka hanya mengatakan bahawa laporan sudah dibuat dan hanya menunggu masa sahaja untuk pembinaan dilakukan tetapi sampai sekarang tiada sebarang tindakan yang dilakukan oleh pihak yang berkenaan.

   Ini merupakan jawapan yang selalu kita dengar apabila meminta sesuatu terutamanya, tetapi sampai bila harus jawapan ini digunakan, wahai pihak yang berkenaan segeralah bertindak demi kebaikan dan kesenangan semua pihak.

UiTM Juara Piala Naib Canselor UPNM

SHAH ALAM: Pasukan ragbi UiTM muncul juara bagi Piala Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional  Malaysia (UPNM) yang ke 2 setelah menewaskan Politeknik Shah Alam dengan mata 19-0 pada 15 dan 16 Oktober yang dianjurkan oleh Pusat Sukan UPNM.

  Kejohanan ini disertai oleh 16 buah IPT seperti UNITEN, UTHM, Politeknik Merlimau, IKIP International College, UiTM, UTeM, UTM, UMT, UM dan lain-lain.

   Pasukan UiTM menewaskan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) 19-0 pada peringkat suku akhir, sementara peringkat separuh akhir UiTM mengalahkan UPNMA 5-0.

   Zamri Abd. Kahar, jurulatih ragbi UiTM berkata,  “Pasukan kami sangat yakin dengan kejohanan kali ini kerana pengalaman yang ada pada setiap pemain dan juga latihan yang secukupnya diberikan sehingga ke perlawanan menyebabkan mereka sangat  bersemangat untuk menjuarai acara ini.

  “Namun, pasukan kami tidak sama sekali berasa selesa pada kedudukan terkini kerana kami perlu mengekalkan tahap perlawanan serta mempunyai keyakinan yang tinggi untuk terus maju dan berjaya pada peringkat seterusnya,” tambahnya lagi.

   Dua orang pemain dari kampus cawangan iaitu UiTM Perak telah dipilih berdasarkan kebolehan dan kehebatan mereka untuk beraksi dalam pasukan ini kerana mampu memberi kekuatan yang jitu dan ternyata mereka menunjukkan kematangan bermain bagi mengungguli kejohanan ragbi pada kali ini.

   Menurut pemain ragbi UiTM , Shah Izzat Shah Rudin, berkata “Ia juga adalah satu kejayaan yang telah dijangka oleh pasukan kami kerana melihatkan prestasi perlawanan pada kali ini ia telah memberi kami banyak peluang serta kekuatan untuk menumpaskan pihak lawan.

  “Sudah pasti kami tidak mensiakan peluang yang ada sekaligus mencapai matlamat kami untuk memenangi perlawanan ini dan kami juga seharusnya berbangga kerana segala tunjuk ajar yang diberikan oleh jurulatih kami sendiri dapat diaplikasikan semasa perlawanan,” ujarnya.

   Walaupun pasukan ini telah kecundang di separuh akhir pada kejohanan yang sama tahun 2010 namun ia tidak sedikit pun mematahkan semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain kerana mereka yakin dengan perlawanan yang akan datang memberikan sinar baru buat mereka.

UiTM Penjana Atlet Negara

SHAH ALAM: “Mencari dan membentuk atlet muda hingga berjaya” merupakan salah satu tugas atau tanggungjawab yang dipikul oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam memajukan industri sukan Negara.

   UiTM merupakan institusi pengajian yang bukan sahaja berfungsi sebagai pusat penyebaran ilmu tetapi sebagai pusat pembentukan atlet pelapis Negara.

   UiTM merupakan satu- satunya institusi pengajian yang membolehkan atlet- atletnya yang belajar di cawangan lain bergabung tenaga mewakili UiTM tidak kira dari cawangan mana di seluruh Negara.

   Sukan merupakan salah satu aktiviti yang berupaya mengabungkan semua pelajar yang berbakat dan bertanding di bawah satu bumbung tidak kira apa jenis sukan.

   UiTM terkenal di dunia sukan kerana perananya dalam mengasah bakat muda sejak dari dulu lagi tetapi sejak akhir- akhir ini pelajar UiTM makin menyerlah dalam aktiviti sukan seperti Hoki, Futsal, Kayak dan Rugbi.

   Sesetengah pelajar yang mewakili UiTM juga terpilih untuk mewakili negeri sekaligus mengesahkan lagi status mereka sebagai atlet yang berwibawa  dan menunjukkan kepada institusi lain bahawa UiTM masih lagi mampu  mengilap bakat tempatan.

   Para pelajar UiTM seharusnya berasa bangga kerana mereka inilah yang mengharumkan nama  UiTM di dalam mahupun luar Negara.

   Para atlet UiTM sangat beruntung kerana mereka berupaya bersaing dengan pemain handalan dari luar kerana UiTM akan berusaha untuk mengasah bakat mereka dengan member pendedahan yang cukup kepada para atlet.

   Menerusi acara sukan juga secara tidak langsung boleh mengukuhkan lagi silaturahim antara pelajar kampus cawangan dengan kampus induk kerana mereka akan bersaksi atas nama yang sama iaitu UiTM.
Semangat inilah yang menjadikan UiTM antara IPTA yang kuat, bersemangat dan dihormati oleh IPTA dan IPTS lain.

Lelaki dan Wanita Garang di Kejohanan Futsal IPT

SHAH ALAM: Pasukan Futsal Lelaki dan Wanita Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya dinobatkan sebagai  Juara di Kejohanan Futsal Institut Pengajian Tinggi, Sirkit Tujuh Zon Tengah 2011 pada 16 Oktober lalu.

    Bagi kategori lelaki, UiTM menewaskan pasukan Kolej Komuniti Selangor pada peringkat akhir manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) dan Universiti Malaya (UM) di tempat keempat.

   Juara menerima RM 3000 dan piala iringan. Tempat kedua menerima RM2000, RM1000 bagi tempat ketiga dan RM 500 bagi tempat keempat.

   Pasukan Futsal Wanita UiTM berjaya menewaskan pasukan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di pertandingan akhir untuk merebut Piala Menteri Pengajian Tinggi bermula dari 31 Mac lalu dan dijangka berakhir pada 4 Disember ini.

   Manakala tempat ketiga dimenangi pasukan futsal wanita dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di tempat keempat. 

   Juara turut menerima RM1500 dan piala iringan, naib johan RM1000 dengan RM500 dan RM300 bagi tempat ketiga dan keempat.

   Pertandingan futsal ini mengikut sirkit yang bermula dari Zon Selatan iaitu dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai tuan rumah dan seterusnya akan berakhir di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuantan.

  Sebanyak 56 pasukan futsal lelaki dan 23 pasukan dari wanita dari seluruh negeri yang menyertai pertandingan ini.

Hidup Sihat dan Selamat dengan “Combating Crime”

SHAH ALAM:  Universiti Teknologi Mara (UiTM) prihatin tentang keselamatan, kesihatan dan cara hidup warga UiTM dengan memperkenalkan satu program combating crime yang telah bermula sejak akhir semester lalu.

Add caption
  Program ini bukan sahaja memberi pengetahuan bagaimana menangani situasi merbahaya ia juga mempunyai kasihatan yang baik dengan menyelesaikan masalah berat badan dikalangan pelajar.

  Pelbagai aktiviti yang dijalankan pada program tersebut antaranya seni mempertahanankan diri, kickboxing, kawalan diri, kemahiran tempur dan senaman kecergasan untuk mahasiswa dan kakitangan UiTM.

   Menurut Anuar Dollah pengurus combating crime, program ini adalah percuma kepada peserta yang berminat dan setiap perserta akan ditimbang berat badan mereka pada awal permulaan program dan akan dibandingkan setelah peserta sudah tamat latihan nanti

   “Ia adalah untuk memberi semangat pada peserta untuk mencapai berat badan yang ideal selain keberanian semasa kita berada di situasi yang merbahahaya”.

DISIPLIN
   Combating crime boleh dianggap sebagai pengurus kesihatan peribadi dan juga gim kepada pelajar kerana ia memberi pendekatan yang ringkas dan mudah tentang cara untuk menjaga kesihatan dan senaman.

  Selain daripada itu, para peserta juga didedahkan dengan pengetahuan tentang keselamatan tentang menghadapi situasi merbahaya terutama kepada kaum wanita.

   “Program ini sesuai pada wanita untuk mempertahankan diri, kerana sekarang terdapat banyak kes yang terjadi melibatkan kaum wanita.

   Di akhir program para peserta akan diberi penghargaan atas kejayaan menamatkan semua latihan.
Program ini diadakan pada setiap hari rabu bermula pada  pukul 8.30 malam di Pusat Sukan UiTM.

UiTM Mara Ke Suku Akhir

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) C, mencipta kejutan sekaligus menepati ramalan awal dengan mara ke suku akhir kategori Institusi Pengajian Tinggi (IPT)- Bawah 19 Tahun Peringkat Antara Zon Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2011 di Pusat Sukan UiTM.

   “Regu ini menewaskan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 15-9, 15-10 dan sekaligus menumbangkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 11 dengan 15-10,17-16”, kata Zaidi Ismail, jurulatih sepak takraw UiTM.

   “Kami mempunyai para pemain yang cukup hebat dan berbakat dalam sukan sepak takraw ini yang dibarisi Mohd. Noor Hakimi Marzukhi, Ali Almahidi Ayob dan Fakaruddin Mohamed Zain”, katanya.

   Regu UiTM sekali lagi mendapat kemenangan percuma ke atas Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) F yang tidak hadir di atas kesulitan pihak mereka sendiri.

   Tidak menghampakan apabila tuan rumah juga menang ke atas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Chempedak 15-4, 15-0 dalam perlawanan Kumpulan C.

   Sebelum melangkah ke suku akhir, UiTM C merupakan juara Zon Tengah di Paroi Seremban, bulan lalu.
Kejayaan ini membuatkan regu UiTM lebih yakin dan mempunyai semangat juang yang tinggi dalam memartabatkan sukan tradisional ini.

Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2011 di UiTM

MANTAP...persembahan setiap pasukan
SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) dipilih sebagai tuan rumah di Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2011 untuk peringkat separuh akhir pada 14 dan 15 Oktober lalu.

   Kesemua 48 regu berentap dalam peringkat zon yang mewakili zon selatan, utara, timur dan tengah beraksi dalam saingan liga berkumpulan sebelum memasuki saingan kalah mati.

   Kejohanan yang berlangsung di Pusat Sukan UiTM ini bukan sahaja pertandingan semata-mata bahkan menjadi medan mencungkil dan mengasah lagi bakat pemain yang berpontensi ke peringkat seterusnya.
 
Menurut Eksekutif Kanan Pengurusan Jenama Utusan, Hazura Ahamad Halil, UiTM dipilih sebagai tuan rumah kejohanan untuk separuh akhir adalah kerana objektif penganjur untuk menarik minat golongan remaja pada permainan ini.

   “Saya mahu melihat anak-anak muda kita meneruskan permainan ini kerana ia adalah permainan tradisional kita kerana pada masa ini remaja didedahkan dengan permainan moden”
Tambah Hazura, UiTM adalah lokasi strategik untuk kejohanan kerana ia tempat tumpuan orang ramai disekitar Shah Alam.

   Pusat Sukan UiTM juga menjadi saksi perlawanan pasukan sepak takraw UiTM beraksi walaupun tidak kesampaian ke peringkat akhir pada hari seterusnya, namun begitu kemeriahan masih lagi terasa dengan semangat pelajar UiTM untuk hadir memberi sorakan pada kejohanan tersebut.
   
   Selain pelajar UiTM dan pengunjung luar, turut hadir menyaksikan kejohanan, Penolong Ketua Pengarang satu Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Datuk Zaini Hassan serta Pengarah Pembangunan Pelajar UiTM, Dr. Mohd Bahrin Othman.

   Sepanjang kejohanan tersebut terdapat pelbagai aktiviti menarik bagi pengunjung yang hadir antaranya, jualan murah majalah-majalah dari pihak Utusan Malaysia, pertandingan timbang bulu ayam, sepak raga bulatan , cabutan bertuah serta sesi karaoke.

   Di samping menyaksikan perlawanan sengit dari pasukan yang bertanding, pengunjung turut dihiburkan dengan kehadiran artis jemputan seperti Mila dan Hazama.

”1st. UiTM Jati Descent Challenge 2011” mantapkan JPK

LASAK...sukan ini memerlukan daya tahan yang tinggi
SHAH ALAM: ”1st. UiTM Jati Descent Challenge 2011” buat julung kali diadakan oleh Jawatankuasa Pewakilan Kolej (JPK) Kolej Jati UiTM dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni UiTM dengan kerjasama Majlis Pengetua-pengetua Kolej UiTM dan Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) bagi setiap Jawatankuasa Pewakilan Kolej (JPK) dalam memantapkan skil pengurusan melalui pengurusan acara disamping menetapkan halatuju JPK seiring dengan kehendak pengurusan UiTM.

   Acara ini merupakan lumba sukan air mengunakan”inflatable raft” atau rakit getah yang digunakan dalam perlumbaan berakit menyusuri sungai dan jeram secara berpasukan sama ada 4 atau 5 orang sepasukan.

   JPK Kolej Jati, Ishak Razali berkata, Hutan Rekreasi Sungai Sedim, Kulim, Kedah menjadi lokasi yang strategik dan bersesuaian untuk perlumbaan ini dan melibatkan peserta dari kolej Jati, Meranti, Perindu, Teratai, Kenanga, Delima, Seroja, Cempaka, Angerik, Mawar, Melati dan Non-Resident (NR) yang disertai oleh JPK masing-masing.

   Tambahnya lagi, terdapat dua kategori utama yang dipertandingkan iaitu kategori antara kolej lelaki dan kategori antara kolej wanita serta kategori jemputan dari media dan VVIP.

   ”Keputusan perlumbaan ini membuktikan semangat serta keyakinan yang tinggi dalam kalangan peserta kerana Kolej Meranti muncul juara bagi kategori kolej lelaki, naib juara Kolej Jati dan tempat ketiga NR lelaki manakala kategori wanita Kolej Seroja muncul juara, naib juara oleh kolej Delima dan tempat ketiga dimenangi oleh NR wanita”, katanya.

   Program ini dilihat dapat mempertingkatkan pengetahuan dan juga kemahiran kepada barisan JPK Kolej, Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni UiTM terhadap aspek teori dan praktikal kepimpinan dalam mentadbir sesebuah organisasi ke arah yang lebih efektif.

   Sementara itu, pihak UiTM mendapat kerjasama daripada SAM yang diibaratkan projek serampang dua mata disamping dapat memperkukuhkan lagi hubungan penganjur dengan pihak media sekaligus melibatkan penyertaan pihak media dalam acara ini dengan membawa peluang publisiti secara percuma.

   Rancangan televisyen Scoreboard TV3 juga turut membuat liputan pada hari perlumbaan tersebut secara tidak langsung ia dapat menjalinkan hubungan yang baik terhadap pihak media di samping menguar-uarkan keberkesanan program seumpama ini.

   JPK juga dapat bertukar-tukar pandangan disamping menjalin satu jaringan kerjasama dengan organisasi luar.

Pasukan Kayak Wanita Menyerlah

SAMA HEBAT
SHAH ALAM: Disebalik kehampaan pada peringkat awal kejohanan, terselit kejayaan yang menunjukkan para atlet UiTM masih gah pada akhir kejohanan dengan pasukan wanita memperolehi lima pingat pada hari terakhir perlumbaan di kejohanan Bot Varsiti 2011.

    Acara yang dimenangi pasukan kayak wanita ialah Women K2 1000 meter, Women K 2 500 meter,Women TK 1 500 meter,Women TK 2 1000 meter dan Women K1  500 meter dengan memperolehi satu perak dan empat gangsa.

   Bagi acara Kayak Wanita Double TK 1000 meter, Faizah Firdaus Fauzi dan Siti Asmah Ahmad Shahidan berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua antara Universiti Chiang Mai dan Universitas Pendidikan Indonesia.

  Kejayaan tersebut sedikit sebanyak membalut kedukaan kem UiTM apabila pasukan lelaki hanya memperolehi satu pingat emas dalam acara kayak TK 2 1000 meter.

   Menerusi acara ini, pasukan UiTM dapat membuktikan bahawa bakat tempatan mampu memberikan saingan yang hebat kepada pasukan luar walaupun mereka mempunyai tahap kekuatan yang berbeza dengan UiTM.

   Menurut Mohammad Hafiz Tahar pengurus pasukan, atlet UiTM menghadapi saingan yang sengit disepanjang kejohanan apabila universiti luar menurunkan barisan atlet dari Sukan Sea Negara mereka pada kejohanan kali ini.

   “Saya rasa berbangga dengan pencapaian atlet kita walaupun kita kekurangan pingat berbanding tahun lepas tetapi atlet wanita berjaya menebus sedikit kekecewaan di hari akhir kejohanan”

   Dalam kejohanan ini juga nama-nama besar universiti seperti Universitas Pendidikan Indonesia, Universiti  Chiang Mai dan Universiti tempatan yang lain sudah mula memandang keupayaan UiTM dalam sukan air sekaligus meletakkan pasukan UiTM antara pesaing terdekat mereka pada kejohanan kali ini.

   Dari kejayaan ini, para atlet UiTM sendiri tidak mahu terus ketinggalan dan diperkecilkan oleh pasukan lain kerana pasukan UiTM telah berjaya menempa nama kembali dalam sukan air.

Debaran SAF 2011 semakin terasa

SHAH ALAM: Sukan Antara Fakulti (SAF) yang bakal jatuh pada dua Disember 2011 telah menghasilkan debaran kepada setiap fakulti yang mengambil bahagian bagi setiap acara yang dipertandingkan. 

   Aktiviti sukan anjuran Pusat Sukan UiTM Shah Alam dengan kerjasama fakulti-fakulti di UiTM mengalakkan ramai atlet-atlet bersiap-siaga untuk mempertahankan serta mencipta rekod baru pada SAF kali ini.

   Tinjauan yang dilakukan oleh wakil Jurnalis Shah Alam bagi bahagian sukan pada tiga November lalu mendapati terdapat segelintir fakulti sedang mengadakan pemilihan awal bagi sesetengah acara sukan dipertandingkan. 

   Mengikut rekod, sukan yang mendapat sambutan hangat daripada pelajar adalah Bola Baling, Bola Sepak lima sebelah (futsal), Hoki, Sepak takraw, Bola padang berempat, Bola Jaring dan Ragbi 10 sebelah.

   Sukan tahunan ini merupakan antara sukan yang memerlukan saringan awal oleh setiap fakulti kerana penyertaan yang mengalakkan. Seterusnya mereka yang terbaik diantara yang terbaik akan beraksi dan mempamerkan kejaguhan sukan untuk mewakili fakulti masing-masing ke satu tahap yang lebih tinggi.

   SAF 2011 yang akan melabuhkan tirainya pada 16 Disember menawarkan hampir 22 permainan untuk dimenangi serta mengangkat fakulti terbaik untuk memenangi juara keseluruhan SAF.

The Cathcher inThe Rye


 Introduction

The Catcher in the Rye was authored by JD Salinger in 1946. It was listed as one of the powerful book in the 29th century. Despite the popularity it gains, the novel has brought up some criticisms and controversies. It has been criticized for its themes which are anger, rebellion, sexuality and confusion. It has been sold for millions of copies and has been used as most frequent challenged book from 1990 to 1999. it was the most censored book in the US because many believed that the character has given poor role model to the readers. Apart from that, Mark David Chapman who was arrested for John Lennon’s death had a copy in his hand while the event took place. This novel is believed to have given powerful effects to its readers. 


Book review

The main character is Holden Caulfield. He is a protagonist in this novel. He is a teenager who went to Pencey Prep in Pennsylvania. He lived with the students of Pencey Prep whom he described as superficial or ‘phony’. He started the his story with semi autobiography of him. Holden talks about the event took in the last Christmas. He leaves the school in the middle of the night after having an argument with his roommate. Then he went to see Mr Spencer before leaving Pencey Prep. After a discussion on his matter, Holden said good bye to Mr spencer. He started his journey by taking train to New York.
 In the train he met with another student’s mother called Ernest Morrow. They talk about Ernerst all the way until Mrs Morrow got off the train at Newark. Arrving at the Penn Station, Holden did not want to go to his home, instead he checked into Edmont Hotel where he spends his time with three tourist girls. He then bumped into a prostitute named Sunny.  He invited Sunny into his room and acknowledged him as Jim Steele. He wanted to talk to Sunny instead of getting intimate but she was furious and annoyed. She left him eventually but Holden still pays her time. She demanded more money and when Holden refuses to pay, He was beated by the ‘elevator boy’, Maurice. 

In between he was describing the event, he also talks about the cab driver who sent him to Edmont Hotel. They came across Central Park and he asked the river where does all the ducks go in winters. Holden spends three days in the city with cigarettes, alcohol, depression and loneliness. Eventually, he sneaks into his parents’ house while they are out having dinner. He is there to talk to his younger sister, Phoebe Weatherfield Caulfield. She is the only one who seem to can communicate with Holden as he believed that she is untainted with ‘phony’. Phoebe views Holden as a hero as well as Holden views her as one. Based on Robert Burns: Coming through the Rye, he explained that Holden views himself as a guardian of numerous children running and playing in a huge rye field on the edge or a cliff. His job is to catch the children if they wander closer to the brink, hence the catcher in the rye.
After that, Holden drops by to see a former English Teacher, Mr Antolini. Mr Antollini has offered some advice and offer a place to stay. Mr Antollini tells him that he must know where he is planning to go, which is applying a school. He has to do that because he knows that Holden loves knowledge. He told him that the stronger man who lives humbly for a cause that he believes in, rather than dies nobly for it. Holden becomes uncomfortable when Mr Antolini pat his head which he assumes as making a sexual move on him. He leaves a question to the readers whether to believe it or not. He leaves Mr Antolini’s house and wander around the city. 

Holden decided to hitch hike out west and he tells her sister in a letter. In the letter he asks her sister to meet him at the Museum of art. Phoebe wants to go with him but he refuses to take her. Phoebe becomes upset and he told her that he will not go. He takes Phoebe to the Central Park Zoo and he eventually decided to go home and face the consequences. In the 26 chapter, which is the last chapter, Holden refuse to tell what happens after he got home. He mention about he was sick and living in a mental hospital and how he is supposed to go to a school the next fall. Holden tells about his older brother DB and his girlfriend who came up to visit him at the institution. He misses Stradlater and Ackley (his former classmates) and even the ‘elevator boy’, Maurice. He ended his story with a quotation saying that “Don’t ever tell anybody anything. If you do, you start missing everybody”.
           

The Secret Life of Nora: Teater Muzikal Luar Biasa

The Secret Life of Nora
The Secret Life of Nora adalah pementasan teater muzikal luar biasa terbitan Enfiniti Vision Media yang menerima hampir 70 ribu orang penonton sejak mula dipentaskan pada 29 September hingga 22 Oktober 2011.

Atas sambutan yang memberangsangkan,itu teater The Secret Life of Nora yang sepatutnya sudah berakhir pada 19 Oktober lalu dilanjutkan selama tiga hari.

Bertempat di Istana Budaya Kuala Lumpur, pementasan ini dipersembahkan dalam Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris menjadi salah satu kelebihan dalam teater ini.

Teater ini dibintangi oleh pelakon dari teater West End London, Ryan Silverman sebagai watak utama, Datin Seri Tiara Jacquelina,  Aznil Hj Nawawi, Adibah Noor dan Tony Eusoff.

Selain itu, teater berlatarkan era fantasi 60an ini, mengisahkan Nora seorang penyanyi kabaret di sebuah kelab malam yang terpaksa menjadi agen perisik antarabangsa untuk menyelesaikan kes perdagangan manusia.

Sepanjang misi tersebut, Nora telah jatuh hati pada pelatihnya tetapi pada masa yang sama ingin kembali ke kehidupan asalnya, sebagai seorang penyanyi kabaret.  

Teater ini amat mengagumkan dari setiap aspek termasuk barisan para pelakonnya yang hebat dan bertaraf antarabangsa serta persembahan audio visual yang cukup memukau, menggabungkan gerak tari ala “cirque de soleil” (kombinasi seni sarkas dan tarian jalanan) dan pelbagai elemen aksi lagak ngeri.

POSITIF...kritikan yang diterima
Bahkan, teater ini turut membawa penonton bersama-sama berada di alam fantasi dengan kesan pencahayaan yang cantik, “props” yang menarik serta muzik dari pelbagai era dan genre turut diselitkan membuatkan kita begitu asyik menontonnya.

Teater muzikal yang mengambil masa 2 jam 30 min ini diarahkan oleh Steven Dexter, Mamat Khalid bertindak sebagai penulis skrip versi Melayu dan Elliot Davis pula untuk skrip versi Inggeris 


            

 

                Tarikan Teater Muzikal The Secret Life of Nora


1.  Produser teater ini ialah produser yang sama menjayakan P.Ramlee Muzikal dan Puteri Gunung Ledang:
      • Segala yang ada sentuhan Datin Seri Tiara Jacquelina pasti tidak akan mengecewakan orang ramai dan hasilnya sudah terbukti.
2.   Gabungan tarian, nyanyian dan jalan cerita yang seimbang
      • Secara jujurnya, masa 2 jam 30 minit tidak terasa malahan penonton rasa tidak puas.
3.    Vokal yang mantap serta lagu-lagu yang mengasyikkan
      • Kelunakan suara Adibah Noor pula tidak perlu untuk dipertikaikan lagi, vokal Tiara dan Tony Eusoff juga sama hebat.
4.    Watak Kak Tijah lakonan Adibah Noor
      • Lakonan Adibah Noor menjanjikan penonton ketawa tidak berhenti-henti.
                   5.   Pentas sangat realistik dengan backdrop yang membuatkan penonton terpegun.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification