BILANGAN PENGUNJUNG

Sunday, 13 November 2011

The Secret Life of Nora: Teater Muzikal Luar Biasa

The Secret Life of Nora
The Secret Life of Nora adalah pementasan teater muzikal luar biasa terbitan Enfiniti Vision Media yang menerima hampir 70 ribu orang penonton sejak mula dipentaskan pada 29 September hingga 22 Oktober 2011.

Atas sambutan yang memberangsangkan,itu teater The Secret Life of Nora yang sepatutnya sudah berakhir pada 19 Oktober lalu dilanjutkan selama tiga hari.

Bertempat di Istana Budaya Kuala Lumpur, pementasan ini dipersembahkan dalam Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris menjadi salah satu kelebihan dalam teater ini.

Teater ini dibintangi oleh pelakon dari teater West End London, Ryan Silverman sebagai watak utama, Datin Seri Tiara Jacquelina,  Aznil Hj Nawawi, Adibah Noor dan Tony Eusoff.

Selain itu, teater berlatarkan era fantasi 60an ini, mengisahkan Nora seorang penyanyi kabaret di sebuah kelab malam yang terpaksa menjadi agen perisik antarabangsa untuk menyelesaikan kes perdagangan manusia.

Sepanjang misi tersebut, Nora telah jatuh hati pada pelatihnya tetapi pada masa yang sama ingin kembali ke kehidupan asalnya, sebagai seorang penyanyi kabaret.  

Teater ini amat mengagumkan dari setiap aspek termasuk barisan para pelakonnya yang hebat dan bertaraf antarabangsa serta persembahan audio visual yang cukup memukau, menggabungkan gerak tari ala “cirque de soleil” (kombinasi seni sarkas dan tarian jalanan) dan pelbagai elemen aksi lagak ngeri.

POSITIF...kritikan yang diterima
Bahkan, teater ini turut membawa penonton bersama-sama berada di alam fantasi dengan kesan pencahayaan yang cantik, “props” yang menarik serta muzik dari pelbagai era dan genre turut diselitkan membuatkan kita begitu asyik menontonnya.

Teater muzikal yang mengambil masa 2 jam 30 min ini diarahkan oleh Steven Dexter, Mamat Khalid bertindak sebagai penulis skrip versi Melayu dan Elliot Davis pula untuk skrip versi Inggeris 


            

 

                Tarikan Teater Muzikal The Secret Life of Nora


1.  Produser teater ini ialah produser yang sama menjayakan P.Ramlee Muzikal dan Puteri Gunung Ledang:
      • Segala yang ada sentuhan Datin Seri Tiara Jacquelina pasti tidak akan mengecewakan orang ramai dan hasilnya sudah terbukti.
2.   Gabungan tarian, nyanyian dan jalan cerita yang seimbang
      • Secara jujurnya, masa 2 jam 30 minit tidak terasa malahan penonton rasa tidak puas.
3.    Vokal yang mantap serta lagu-lagu yang mengasyikkan
      • Kelunakan suara Adibah Noor pula tidak perlu untuk dipertikaikan lagi, vokal Tiara dan Tony Eusoff juga sama hebat.
4.    Watak Kak Tijah lakonan Adibah Noor
      • Lakonan Adibah Noor menjanjikan penonton ketawa tidak berhenti-henti.
                   5.   Pentas sangat realistik dengan backdrop yang membuatkan penonton terpegun.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification