BILANGAN PENGUNJUNG

Sunday, 13 November 2011

UiTM Mara Ke Suku Akhir

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) C, mencipta kejutan sekaligus menepati ramalan awal dengan mara ke suku akhir kategori Institusi Pengajian Tinggi (IPT)- Bawah 19 Tahun Peringkat Antara Zon Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2011 di Pusat Sukan UiTM.


   “Regu ini menewaskan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 15-9, 15-10 dan sekaligus menumbangkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 11 dengan 15-10,17-16”, kata Zaidi Ismail, jurulatih sepak takraw UiTM.

   “Kami mempunyai para pemain yang cukup hebat dan berbakat dalam sukan sepak takraw ini yang dibarisi Mohd. Noor Hakimi Marzukhi, Ali Almahidi Ayob dan Fakaruddin Mohamed Zain”, katanya.

   Regu UiTM sekali lagi mendapat kemenangan percuma ke atas Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) F yang tidak hadir di atas kesulitan pihak mereka sendiri.

   Tidak menghampakan apabila tuan rumah juga menang ke atas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Chempedak 15-4, 15-0 dalam perlawanan Kumpulan C.

   Sebelum melangkah ke suku akhir, UiTM C merupakan juara Zon Tengah di Paroi Seremban, bulan lalu.
Kejayaan ini membuatkan regu UiTM lebih yakin dan mempunyai semangat juang yang tinggi dalam memartabatkan sukan tradisional ini.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification