BILANGAN PENGUNJUNG

Sunday, 13 November 2011

Pendidikan percuma Malaysia

PEMBENTANGAN UNIK...belanjawan 2011
KUALA LUMPUR: Tahun 2012 melakarkan sejarah dalam bidang pendidikan di Malaysia apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pemansuhan yuran pendidikan serta peruntukan RM100 bagi setiap pelajar sekolah rendah dan menengah dalam pembentangan  Bajet 2012. 

   Berita ini disambut dengan pelbagai respon dari  ibu bapa yang kebanyakannya melihat pengumuman ini sebagai langkah kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan rakyat.

   Bagi sesetengah ibu bapa walaupun jumlahnya tidak seberapa tetapi ia masih boleh disalurkan kepada perbelanjaan mereka yang mungkin memerlukan lebih lagi.

   Menurut Tengku Suroya Tengku Shaharome, 48, seorang surirumah, berpendapat langkah ini memberi lebih kelebihan kepada golongan berpendapatan rendah jika dibandingkan dengan golongan berpendapatan sederhana.

   Tambah beliau lagi, secara peribadi, pengumuman ini tidk memberi banyak kesan dalam perbelanjaan bulanan satu keluarga beliau.

   Bagi Lynette Abd Rahman,40, pula, polisi ini mengurangkan sedikit beban yang ditanggung rakyat yang disebabkan oleh kenaikan harga barangan.

  “Setidak-tidaknya, satu peratus daripada keseluruhan perbelanjaan keluarga dapat dikurangkan,”kata Lynette.

   Dari perspektif sebuah negara, polisi RM100 bagi setiap pelajar dan pendidikan percuma kepada rakyat memberi impak yang besar bahawa Malaysia kini satu langkah kehadapan ke arah negara maju.

   Jika dibandingkan dengan negara maju lain seperti Amerika dan Australia, Malaysia mungkin belum mencapai taraf yang sama tetapi mesej yang disampaikan oleh pihak kerajaan sudah terang.

   Pendidikan di Malaysia dianggap sebagai satu alat yang lebih efektif daripada kekuatan ketenteraan dalam memodenisasikan negara serta berfungsi sebagai alat bantuan bagi rakyat untuk menyambung kehidupan yang lebih baik.

   Mengikut dasar pendidikan kebangsaan, ia haruslah mampu menampung keperluan negara sebagai negara perindustrian kerana penting bagi rakyat untuk mempunyai pendidikan sesuai dengan keperluan swasta serta melahirkan lebih ramai rakyat yang aktif dalam bidang keusahawanan dan ketidakbergantungan kepada kerajaan. 

   Sebagai negara yang memegang dasar pendidikan menjana kemajuan negara, kerajaan sudah mengambil usaha bagi menghasilkan modal insan yang mampu membawa Malaysia lebih kehadapan untuk sama-sama berdiri setaraf dengan negara maju pada tahun 2020.  

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification